Lelaki Kongsi Cara Update Di JPJ Jika Ada Tukar Warna Cat Kereta - “Mudah Je Rupanya”
Untuk keselamatan, update sahaja.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebagai pengguna jalan raya, kita perlulah mengikut undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan
Tidak hanya itu, kenderaan kita juga perlu mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Sesetengah bahagian kereta kita sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya ditukar atau tambah melainkan ia mendapat kelulusan.
Seperti perkongsian seorang lelaki ini yang memberitahu tentang cara kemas kini bahagian keretanya meraih perhatian ramai.
Kongsi cara untuk kemas kini pada JPJ lepas tukar cat warna kereta
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi cat warna kereta barunya. Menurutnya, kereta yang cat berwarna baru sebenarnya perlu dikemas kini kepada JPJ.
Difahamkan, ia bertujuan untuk memberitahu bahawa kereta kita sudah bertukar warna untuk memudahkan pelbagai proses nanti.
Malah, dia juga ada memberitahu hanya kereta yang dicat saja perlu datang. Bagi kereta yang wrap, tidak perlu datang.
"Aku datang JPJ hari ni sebab nak update kereta aku dah bertukar colour. Benda ni mudah je, sebab ada undang-undang.
"Yang penting korang datang update je dengan JPJ. Yang mana wrap tak perlu datang, hanya yang cat kereta sahaja," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!