Tindakan Tegas Akan Diambil Jika Peniaga Jual Gula-Gula Berbentuk Vape Di Sekolah - KPM
Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjual gula-gula tersebut.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengesan kemunculan gula-gula berbentuk vape dan jarum suntikan yang semakin membanjiri pasaran tempatan, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap normalisasi tabiat merokok dalam kalangan kanak-kanak
Menurut laporan Harian Metro, Pegawai Pendidikan CAP, N.V Subbarow berkata trend itu dilihat semakin membimbangkan kerana produk berkenaan menyerupai alat vape dan jarum suntikan sebenar dengan rekaan warna-warni yang menarik perhatian kanak-kanak.
"Corak dan reka bentuk gula-gula ini boleh mendorong kanak-kanak meniru tabiat merokok apabila meningkat usia. Lebih membimbangkan, ada yang direka seperti jarum suntikan, menyerupai picagari yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.
"Gula-gula ini bukan sekadar manisan biasa, tetapi boleh menjadi titik permulaan kepada ketagihan vape dan rokok. Ibu bapa mungkin tidak menyedari risiko ini dan membelinya untuk menenangkan anak-anak mereka," katanya.
Image via Utusan
Susulan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) beri jaminan, akan pastikan gula-gula berbentuk vape tidak dijual di dalam dan luar kawasan sekolah bagi melindungi pelajar daripada ancaman kesihatan
Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang menjual produk tersebut termasuk makanan berbahaya kepada pelajar.
"KPM tidak akan berkompromi dalam isu ini. Kami akan memastikan tiada penjualan gula-gula berbentuk vape di kawasan sekolah, malah akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengawal penjualannya di luar sekolah," katanya.
Difahamkan, KPM juga akan mengadakan perbincangan dengan PBT dani KKM demi memastikan makanan yang membahayakan kesihatan pelajar tidak mudah diperoleh.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment