Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Macam Bau Anjing Laut Mati!" - Doktor Ini Kongsi Tips Cara Hilangkan Bau Kaki Yang Busuk

Masalah bau kaki kini tiada lagi.

Anda ada masalah bau kaki yang busuk? Tak tahu bagaimana cara nak hilangkan bau yang tidak menyenangkan itu?

Image via GIPHY

Haa.. jangan bimbang, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Di sini, ada beberapa tips yang anda boleh amalkan untuk elakkan daripada masalah kaki berbau daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.

"Doktor, kaki dia busuk gila. Macam bau anjing laut mati!"

Nak tergelak aku dengar bapa budak ni punya ayat pasal masalah bau kaki anak dia. Tapi, lepas anak dia buka kasut, terus aku tak jadi gelak.

Memang bau macam anjing singa laut mati!

Kalau kau orang ada masalah kaki berbau macam ni, elok kau cuba 10 tips yang boleh kembalikan keyakinan diri kau orang!

Berikut di bawah adalah 10 tips cara untuk anda hilangkan bau kaki yang busuk:

1. Cuci daki kaki

Gambar sekadar hiasan.

Image via Foot Files

Kaki berdaki adalah medium sesuai untuk bakteria dan kulat hidup. Semasa mandi, pastikan sental daki di kaki, terutamanya di celah jari.

2. Buang cagu atau kematu

Gambar sekadar hiasan.

Image via theAsianparent Malaysia

Cagu (cengkam), kematu (callosity) dan kulat air adalah antara sebab kaki berbau. Pastikan kaki anda bebas masalah ini. Kalau ada, jumpa doktor.

3. Potong kuku pendek

Gambar sekadar hiasan.

Image via Keluarga

Kuku jari kaki yang panjang adalah tempat kotoran, daki dan bakteria berkampung (berkumpul). Jadi, pastikan kuku anda sentiasa pendek.

4. Pakai stoking yang sesuai

Gambar sekadar hiasan.

Image via Expocafeperu

Disarankan guna stoking kapas (cotton) atau bulu bebiri (wool) kerana ia beri pengudaraan dan menyerap peluh lebih baik berbanding nilon.

5. Tukar stoking setiap hari

Gambar sekadar hiasan.

Image via Vital Record

Stoking menyerap peluh dan menjadi lembap. Peluh itu busuk, dan medium sesuai untuk kulat dan bakteria tumbuh. Euwww!

6. Pakai kasut yang sesuai

Gambar sekadar hiasan.

Image via Woman's World

Pakai kasut yang tidak ketat dan diperbuat daripada kulit atau kanvas, kerana ia beri pengudaraan yang baik berbanding material lain.

7. Elak pakai kasut sama setiap hari

Gambar sekadar hiasan.

Image via Healthline

Beli dua pasang kasut kerja atau sekolah. Satu pakai, satu jemur. Selang seli. Kasut lembap galakkan pembiakan bakteria dan kulat. Cuci kasut setiap minggu.

8. Pakai ubat anti-perspiran

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kamarul Ariffin Nor Sadan (Facebook)

Di farmasi, boleh beli sabun, spray, talkum atau rendaman untuk kurangkan perpeluhan di kaki. Spray kasut dengan ubat anti-bakteria dan kulat.

9. Elak kongsi stoking atau kasut

Gambar sekadar hiasan.

Image via Vox

Pelajar di asrama selalu kongsi (baca: rembat) stoking dan kasut kawan. Kalau kawan tu kakinya ada kulat atau bakteria, berkongsi sekalilah. Pakej.

10. Petua orang lama

Gambar sekadar hiasan.

Image via Medical News Today

Boleh cuba rendam kaki dalam air garam, air lemon, kopi atau teh, kecuali jika ada kencing manis atau masalah saraf (kebas atau lumpuh) kaki.

Tunggu apa lagi? Pergi tag kawan-kawan anda yang kaki dia bau 'semerbak'.

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment