seismik

Bahana Sisa Asap Basi Yang Ramai Tak Tahu & Kesannya Terhadap Kesihatan Bayi. Penting!

Jangan anggap bayi atau anak dah selamat jika anda merokok di luar rumah.

Cover image via Ahmad Samhan (Facebook)

Umum sedia maklum, merokok membahayakan kesihatan. Walaupun kesan buruk tabiat itu telah diketahui ramai namun kesedaran dalam kalangan perokok masih rendah.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Hill

Terbaru, seorang Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Samhan Awang atau lebih dikenali sebagai Dr Samhan ada berkongsikan betapa bahayanya kesan sisa asap basi pada kesihatan anak-anak.

Third hand smoke atau sisa asap basi (SAB) adalah sisi daripada tembakau yang melekat pada baju, kulit dan rambut.

Berikut adalah perkongsian penuh Dr Samhan di laman Facebook beliau mengenai SAB:

Ramai yang silap faham, rokok elektronik lebih selamat dari rokok. Hakikatnya tidak!

“Doktor, anak saya ini dah berbulan batuk. Jumpa doktor, doktor bagi neb, baik sekejap. Lepas tu batuk balik”

“Ala kesiannya. Umur baru 10 bulan. Ayahnya merokok tak?”

“Dulu merokok sekarang hisap vape. Tapi dia tak hisap depan anak. Biasa dia hisap luar rumah”

Jauh disudut hati, saya cukup kasihan dengan anak ini. Tanpa sedar anak ini adalah perokok ketiga dan sedang menghisap sisa asap basi. Kasihan!

Rokok elektronik mengandungi propylene glycol, vegetable glycerin, logam berat dan partikel ultra halus. Semua bahan ini berbahaya untuk kesihatan. Ramai yang silap faham, rokok elektronik lebih selamat dari rokok. Hakikatnya tidak!

Perokok pertama adalah mereka yang aktif merokok dan menghidu asap rokoknya sendiri.

Perokok kedua atau pasif pula adalah mereka yang menghidu asap rokok yang dibebaskan oleh perokok pertama.

Perokok ketiga adalah mereka yang terdedah pada saki baki bahan rokok yang tersisa selepas ditinggalkan oleh perokok pertama dan kedua.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bernama

Jangan anggap bayi atau anak dah selamat walaupun anda merokok di luar rumah

Hal ini kerana apabila seorang perokok itu merokok, kesan-kesan sisa rokok masih terlekat di kulit, baju, bangku, sofa, lantai, langsir, dalam kereta, dan melekat walaupun selepas berjam-jam ditinggalkan oleh perokok.

Sisa asap rokok adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Ini bermakna asap rokok itu lebih bahaya kepada kita berbanding perokok itu sendiri, apatah lagi kepada bayi!

Dalam pada itu, Dr Samhan turut menyenaraikan beberapa kesan SAB terhadap kesihatan bayi dan kanak-kanak

Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL, Dr Ahmad Samhan Awang.

Image via Sinar Harian

Berikut adalah 5 kesan sisa asap basi yang anda patut tahu:

1. Potensi mati mengejut

The Health Consequence of Tobacco Use
melaporkan kebarangkalian untuk bayi kecil mendapat sindrom kematian mengejut (SIDS) adalah tinggi bagi bayi yang terdedah kepada asap rokok mahupun bayi yang dalam kandungan.

Selain itu, bayi dalam kandungan juga berisiko lahir kurang berat badan dan komplikasi lain yang membawa kepada ancaman kesihatan secara kekal.

2. Masalah salur pernafasan

Pakar Perubatan Respiratori Pediatrik HKL, Dr. Norzila Mohamed Zainudin berkata, “Kalau orang dewasa bernafas dalam 15 atau 16 kadar pernafasan seminit, kanak-kanak pula kadar pernafasan mereka adalah lebih tinggi, dalam 40 hingga 50.

Itu bermakna bahawa dengan kadar pernafasan yang lebih laju, mereka akan menyedut lebih banyak sisa asap basi daripada orang dewasa
Pakar Perubatan Respiratori Pediatrik HKL, Dr. Norzila

3. Serangan lelah

Bayi yang tinggal dengan ibu atau bapa yang merokok lebih berkemungkinan menghidap lelah (asma) jika dibandingkan dengan bayi yang tinggal dalam rumah yang tidak mengandungi asap rokok.

Yang menyedihkan, terdapat kajian mendapati bahawa kandungan nikotin dalam rokok boleh menyebabkan ubat lelah tidak dapat memberi kesan 100%.

4. Merencatkan perkembangan otak

Menurut data oleh American For Non-Smokers’ Right, kesan sisa asap basi ini boleh merencatkan keupayaan anak kecil untuk belajar.

Selain itu, kajian Journal of Developmental & Behavioral Pediatrics turut mengaitkan asap rokok sebagai salah satu punca anak yang hiperaktif, ganas, tertekan dan mengalami masalah ADHD (attention deficit hyperactivity disorder), terutamanya di kalangan anak lelaki.

5. Jangkitan paru-paru

Anak boleh terdedah kepada masalah keradangan paru-paru (bronkitis). Lebih kronik lagi, ia boleh bertukar kepada penyakit lebih serius seperti pneumonia di mana mula mengalami demam, batuk, meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.

Semoga dengan perkongsian oleh Dr Samhan ini memberi manfaat kepada kita semua.

Kongsi info penting ini untuk mereka di luar sana tahu betapa bahayanya kesan sisa asap basi terhadap kesihatan anak-anak.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: