Bela Kura-Kura Tapi Asyik Mati? Gadis Ini Kongsi Tips Jaga Kura-Kura 10 Tahun Masih Hidup
Tahu tak kura-kura betina boleh bertelur tanpa kehadiran kura-kura jantan?
Siapa tidak sayang haiwan peliharaan? Selain dapat menemani ketika sunyi, haiwan tersebut juga turut menceriakan suasana dan amat menyeronokkan untuk dimain bersama.
Image via Ask Gramps
Jika dahulu kucing, arnab dan burung menjadi pilihan untuk dijadikan haiwan peliharaan, namun kini, remaja semakin berani memelihara haiwan-haiwan yang lain daripada yang lain bahkan ada juga yang gemar memelihara haiwan dari baka luar negara dan eksotik.
Haiwan-haiwan seperti ular, tupai, kala jengking, labah-labah, tikus, cicak dan kura-kura kian popular menjadi peliharaan generasi masa kini.
Image via habitattitude.ca
Salah satu haiwan peliharaan yang mudah untuk dijaga adalah kura-kura. Kura-kura merupakan haiwan yang paling sesuai terutamanya buat mereka yang tidak mampu memberikan terlalu banyak perhatian bahkan makanannya juga senang disediakan iaitu hanya sayur dan daun.
Walau bagaimanapun kita sering mendengar rakan-rakan kita yang kematian kura-kura dalam masa yang singkat sahaja penjagaannya walhal kalau diikutkan kura-kura merupakan antara haiwan yang lama jangka hayatnya.
Seorang gadis bernama Fateen yang juga membela seekor kura-kura, baru-baru ini telah berkongsikan tips penjagaan haiwan tersebut yang tidaklah sesukar mana namun tetap boleh hidup hampir 10 tahun
Image via imgur.com
Image via Twitter @fateeninnanie
Kura-kuranya yang diberi nama Si Kontot itu telah dijaga sejak sekitar tahun 2010-2011 lagi. Si Kontot merupakan dari baka Trachemys Scripta Elegans @ Red-Eared Slider yang berasal daripada negara Brazil dan memang cukup popular dijual di Malaysia.
Image via Twitter @fateeninnanie
Menurut Fateen, menjaga kura-kura tidaklah sukar namun memerlukan penelitian dalam beberapa aspek demi tumbesaran sihat haiwan peliharaan tersebut lebih-lebih lagi bab pencahayaan dan makanan kura-kura itu sendiri.
Kura-kura merupakan haiwan yang mana perhatian lebih perlu diberikan semasa ianya masih kecil kerana apabila besar kelak, ianya boleh berdikari dengan sendiri.
Berikut adalah 4 perkara yang perlu diambil kira dalam menjaga kura-kura:
1. Kebersihan air
Image via Twitter @fateeninnanie
Apabila membela kura-kura, sering kali didapati bahawa airnya cepat kotor. Kekotoran ini bukan berlaku kerana najisnya semata-mata tetapi disebabkan cara kura-kura itu makan dalam keadaan suka merenggut.
Oleh yang demikian, harus dijadikan rutin kepada yang membela kura-kura supaya rajin gantikan airnya dalam akuarium.
2. Pencahayaan
Image via Twitter @fateeninnanie
Sedar atau tidak, sifat kura-kura itu adalah ianya sering berada dalam kawasan gelap dan tersorok. Walau bagaimanapun, untuk menjaga kura-kura, perlu diseimbangkan sekali pencahayaannya yang mana tidak boleh terlalu direct dengan matahari. Sekiranya diletakkan berdekatan dengan cahaya matahari, perlu dipastikan bahawa kura-kura itu mempunyai tempat berlindung. Ini untuk melindungi cangkerangnya daripada cepat berlumut.
Akan tetapi, kura-kura juga tidak boleh diletakkan dalam tempat yang terlalu gelap yang mana tidak baik untuk tumbesarannya. Sama seperti hidupan lain, kura-kura juga memerlukan cahaya matahari demi meningkatkan metabolisme.
Image via Twitter @fateeninnanie
Selain itu, jika kekurangan cahaya matahari, kura-kura itu boleh dijangkiti serangan fungus terutama pada bahagian cangkerangnya.
3. Makanan
Image via Twitter @fateeninnanie
Mereka yang membela kura-kura DILARANG SAMA SEKALI memberi makanan berunsur processing food seperti roti, biskut, jajan dan lain-lain, lebih-lebih lagi kerana haiwan tersebut sememangnya sejenis haiwan yang akan memakan apa sahaja yang diberi. Namun harus diingat bahawa sistem penghadaman kura-kura ini berbeza.
Oleh yang demikian, disarankan memberi makanan berunsur natural seperti anak-anak ikan, udang, sayur dan buah yang mana sesuai dengan diet kura-kura itu.
Seperti Si Kontot yang gemar memakan sayur kubis. Lihat video di bawah:
4. Pasangan
Image via Twitter @fateeninnanie
Menurut Fateen, dia telah pun melakukan research yang menyatakan bahawa kura-kura merupakan antara haiwan yang boleh hidup tanpa pasangan. Berbeza dengan kebanyakan haiwan, kura-kura tidak akan kemurungan sekiranya tidak berpasangan ini kerana mereka tidak akan mempunyai masalah persaingan makanan, ruang dan lain-lain.
Bukan itu sahaja, menurut Fateen, kura-kuranya pernah sekali bertelur TANPA PASANGAN.
Image via Twitter @fateeninnanie
Adalah suatu fakta di mana kura-kura betina boleh bertelur walaupun tanpa kehadiran si jantan. Telur tersebut bagaimanapun menjadi unfertilized egg atau sekadar lendiran sahaja di dalam telur itu. Manakala sekiranya terdapat kehadiran kura-kura jantan, barulah telur itu disenyawakan.
Wah, semoga tips penjagaan ini memberi manfaat buat mereka yang sedang dan ingin membela kura-kura!
Image via Pinterest
Dah baca cerita lawak gadis ini selamatkan kura-kuranya yang jatuh ke dalam jamban?
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment