“Tolong Haramkan Terus” - Cermin Kereta Wanita Ini Sampai Pecah Akibat Permainan Lato-Lato
Bahaya sebenarnya lato-lato ini.
Seperti yang ramai tahu, sekarang hangat permainan lato-lato dalam kalangan masyarakat
Bukan hanya budak kecil saja yang main, tetapi orang dewasa juga turut ikut sama mencuba permainan ini. Walaupun begitu, masih ramai yang tidak tahu akan kesan dan bahaya permainan yang berasal dari Indonesia tersebut.
Beberapa risiko juga perlu dihadapi semasa bermain permainan ini. Jangan nanti menyesal kemudian hari pula.
Baru-baru ini tular apabila video luahan seorang wanita mengenai permainan tersebut telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Kecewa tengok cermin kereta pecah sebab lato-lato
Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi keadaan cermin keretanya yang dilihat pecah dan retak akibat terkena lato-lato.
Difahamkan, keadaan itu terjadi selepas terkena permainan yang dimain seorang kanak-kanak. Pada awalnya, dia hanya kelihatan dua kesan hentakan saja pada bahagian cermin hadapan
Namun, selepas mencari punca apa yang menyebabkan ia berlaku, dia kemudian menjumpai satu permainan lato-lato yang berada di bawah keretanya.
Malah, dia turut berharap agar permainan itu diharamkan di Malaysia kerana boleh menimbulkan pelbagai masalah.
Image via @y44hh (TikTok)
"Ingat aku seorang je yang menyirap dengan bunyi dia" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah mereka dan memberikan pendapat masing-masing mengenai permainan tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 647.9K views, 39.9K likes dan 1,226 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @y44hh (TikTok)
Image via @y44hh (TikTok)
Image via @y44hh (TikTok)
Haih, tak pasal-pasal orang lain yang kena tanggung kerugian :/
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment