seismik

Lagi 'King' Buat Hal Tiba-Tiba Ada Atas Bukit, Netizen Persoal Macam Mana Boleh Lepas

Myvi tak pernah tak pelik.

Cover image via @arez_shafiq (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak video yang kita boleh lihat sekarang mengenai kereta 'king' iaitu Myvi di media sosial

Ada saja aksi pelik dan lucu mengenai kereta Myvi ini. Sampai kadangkala kita sendiri tertanya-tanya bagaimana ia boleh berlaku.

Sama seperti video di TikTok ini apabila sebuah kereta Myvi dengan selamba parkir di tepi lereng bukit telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@arez_shafiq aduh king time nak pergi kerja la buat show #fyp #kingmyvi #macamtial suara asli - hierapsz. - Hieraps

Pelik macam mana boleh terlepas berada di situ

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu ketika itu sedang melalui di sebuah kawasan. Dapat dilihat banyak juga kereta yang parkir di tepi jalan.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah sebuah kereta Myvi yang begitu 'extra'.
Kereta Myvi dilihat telah melepasi longkang dan terus berada di tepi lereng bukit sehingga nampak seakan-akan mahu jatuh.

"Senang cerita macam ni lah. King tak pernah tak hiburkan rakyat Malaysia" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan mempersoalkannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 119.8K views, 4,235 likes dan 420 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Ini betul memang rare, jarang king tak buat hal ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: