seismik

Menyorok Nak Tangkap Kucing, Gelagat Si Ayah Guna Tudung Saji Sebagai Alatan Ini Cuit Hati

Lain macam alatan dia.

Cover image via @lukemnl.hkm (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak video lawak yang kita boleh lihat sekarang di platform TikTok

Tidak kira bagi yang muda mahupun yang tua. Konten yang kelakar semestinya dapat menghiburkan hari-hari kita. Macam-macam gelagat orang kita boleh tengok di TikTok.

Antaranya adalah video seorang pak cik ini yang cuba menggunakan tudung saji bagi menangkap kucing telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Guna tudung saji nak tangkap kucing

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda sedang merakam gelagat ayahnya ketika berada di kawasan rumah.

Dapat dilihat, si ayah memegang tudung saji dan berjalan secara perlahan-lahan. Rupa-rupanya, ayahnya itu mahu menangkap kucing yang berada di atas keretanya.

Lebih mencuit hati lagi, ayahnya itu dilihat bersungguh menyorok tetapi pada akhirnya tidak dapat menangkap haiwan berkenaan.

Lihat video sambungan di bawah:

"Tudung saji dengan baju memang combo eh" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pak cik tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 521K views, 34.6K likes dan 199 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Guna tudung saji pun bolehlah pak cik :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: