Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Gadis Ini Dedah Detik Cemas Kena 'Pau' Dengan Longkai, Siap Bawak Geng Keliling Kereta!

Tolong berhati-hati terutama kepada para wanita di luar sana!

Cover image via Twitter @lisaa_aa98

Wanita sering dianggap sebagai kaum yang lemah. Sebab itulah mereka mudah dijadikan target untuk kes-kes seperti samun, 'pau' dan lain-lain.

Oleh itu, para wanita sering dinasihatkan untuk berhati-hati terutamanya mereka yang berseorangan atau bersama dengan rakan-rakan perempuan di waktu malam. Tidak mahulah ada perkara yang tidak diingini terjadi kan?

Selain itu, para wanita juga seharusnya sentiasa bersedia dalam memastikan keselamatan diri sendiri antaranya seperti alat taser, pepper spray dan juga teknologi baru alarm yang akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat apabila ditekan.

Namun, tragedi seperti ini akan berlaku tanpa disedari. Masa itu, mesti akan rasa menggelabah tak tahu nak buat apa.

Image via Giphy

Terbaru, seorang gadis berdepan dengan insiden menakutkan apabila dia dan adiknya di'pau' oleh seseorang di saat kereta yang mereka naiki mempunyai masalah

Gadis yang dikenali sebagai Lisa_aa98 berkongsi di laman Twitter miliknya mengenai insiden tersebut. Lebih menakutkan apabila individu tersebut turut memanggil 'geng' dan menahan mereka selagi duit tidak dibayar.

Disebabkan risau dengan keselamatan diri mereka, gadis ini mengambil bukti sebanyak mungkin berkaitan dengan insiden tersebut sambil meminta tolong warganet sementara menanti polis tiba.

Mangsa bersama adik dan rakan di dalam kereta.

Image via Twitter @lisaa_aa98

Baca perkongsian penuh di bawah:

Tidak lama kemudian, polis akhirnya tiba memberikan bantuan kepada mereka

Dalam pada itu, gadis itu juga turut menjelaskan sebab dia tidak cuba melanggar individu tersebut untuk melarikan diri

Ramai yang bersimpati dengan gadis tersebut dan memberikan nasihat buat para wanita di luar sana

Semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran dan semoga para wanita semua akan ambil langkah berjaga-jaga selepas ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Wanita selalu jadi mangsa:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment