"Tolong, Saya Rela Jadi Hamba" - Budak Terperangkap Masa Gempa Syria Ini Buat Ramai Sebak
Alhamdulillah, ada yang bantu mereka.
Seluruh dunia digemparkan dengan tragedi gempa bumi yang melanda di Turki dan Syria
Sehingga kini, jumlah mangsa korban sudah hampir 10,000 orang. Ramai yang menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas. Difahamkan, Hatay yang merupakan wilayah Turki paling teruk dilanda bencana itu.
Baru-baru ini, tular klip video di Twitter yang memaparkan dua orang budak terperangkap dan terhempap dengan dinding batu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sempat melindungi adiknya, kakak tak berhenti meminta tolong
Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi rakaman sedang menunjukkan mangsa gempa bumi terhempap dengan batu berat atas badannya.
Apa yang lebih menyedihkan apabila budak itu meminta tolong. "Tolong tarik saya, saya akan buat apa saja yang awak mahu. Saya rela jadi hamba awak", sambil melindungi adiknya itu.
Perkara itu buat ramai rasa sebak dan sedih. Mujurnya, ada yang menolong dan merawat dua adik-beradik itu.
Image via @MuhammadSmiry (Twitter)
Image via @MuhammadSmiry (Twitter)
"The way she's protecting her little brother" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 5M views, 35K retweets, 4K quote tweets dan 98K likes di Twitter, rata-rata netizen turut berharap agar dua beradik itu selamat.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Semoga mangsa di sana dapat diselamatkan secepat mungkin. Salam takziah kepada mangsa gempa bumi Turki dan Syria.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment