Sangka Lelaki Adopt Anak Kucing Untuk Dipelihara, Rupa-Rupanya Nak Beri Ular Makan
Kejamnya, kesian anak kucing.
Tidak dinafikan, ada yang gemar memelihara haiwan eksotik di rumah sebagai peneman
Mereka tergolong dalam orang yang mencintai haiwan. Namun, sebagai penjaga kita perlu tahu apa yang patut dilakukan dan apa yang tak patut dibuat.
Baru-baru ini, tular sebuah posting berkenaan seorang gadis ingin mencari komuniti pencinta ular. Namun, dia terkejut apabila menjumpai seorang lelaki yang juga memelihara ular itu mencari anak kucing untuk beri ularnya makan.
Lihat posting penuh itu dibawah:
Baca iklan adopt anak kucing, rupa-rupanya tuan tengah mencari untuk beri ular makan
Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang gadis sangat terkejut apabila mendapat tahu ada pemilik ular di luar sana mencari anak kucing untuk memberi ularnya makan.
Perkara tersebut sangat kejam kerana anak kucing yang baru lahir dan kecil dikorbankan demi ular kesayangannya. Netizen juga meluahkan rasa kecewa dan sedih.
Ramai yang menyuruh pemilik ular mencari organisasi yang tepat untuk memberikan ular mereka makan sebagai contoh ada saja yang menjual tikus atau bangkai tikus.
"Dia bagi makan anak kucing yang dia adopt sebab takda duit nak beli tikus untuk ular dia kot. Tu je la explanation yang masuk akal. Kalau tak pun, sebab dia tu psychopath" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 1.6M views, 17K retweets, 4K quote tweets dan 14K likes di Twitter, rata-rata netizen turut berang dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!