[VIDEO] Dengar Bunyi Lato-Lato, Tok Kadi Ini Geram Sampai Suruh Budak Diam Jangan Main
Kena jaga adab masa majlis.
Lato-lato merupakan permainan yang trending dalam kalangan kanak-kanak sekarang
Teknik mainan yang seperti yoyo itu mengeluarkan bunyi bising yang akan mengganggu orang sekeliling.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Instagram yang memaparkan seorang Tok Kadi selamba tegur budak kerana terganggu masa bacakan akad nikah telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dengar bunyi lato-lato masa baca akad nikah, Tok Kadi geram sampai suruh diam
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah majlis akad nikah sedang dijalankan di sebuah lokasi yang tidak dikenal pasti.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila sebaik saja Tok Kadi membacakan akad, dia menyebut 'lato-lato diam' berulang kali. Hal itu disebabkan dia terganggu dengan bunyi budak bermain lato-lato dengan kuat.
"Kemana-mana pun budak nak bawa lato, bising bunyinya tu" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 63K tontonan, 2K tanda suka dan 200 komen di Instagram, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Instagram:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!