Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tragedi Gempa Bumi Turkiye, Syria: Jumlah Mangsa Korban Kini Hampir 10,000 Orang

Dua gempa bumi kuat kelmarin menyebabkan penduduk Turkiye terperangkap dalam runtuhan bangunan.

Cover image via Toraja - Tribun Kabar24

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Isnin lalu, gempa bumi kuat melanda Turkiye pada kedalaman kira-kira 18 kilometer berhampiran bandar Gaziantep yang menempatkan kira-kira dua juta orang

Kejadian itu berlaku di tenggara Turkiye pada pukul 4.17 pagi waktu tempatan. Gempa bumi kedua dilaporkan berlaku pada pukul 1.24 petang waktu tempatan di daerah Elbistan, wilayah Kahramanmaras, Turkiye.

Menurut sumber, angka kematian akibat gempa bumi kuat di selatan Turkiye dan Syria sudah meningkat melebihi 9,500 orang.

Menerusi Al Jazeera, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Turkiye mengesahkan seramai 6,234 orang terkorban dalam tragedi gempa bumi di negara itu.

Image via FMT

Terkini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan kebimbangan bahawa angka korban akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria boleh melebihi 20,000 mangsa

Pegawai kanan WHO Eropah, Catherine Smallwood berkata, jangkaan itu berdasarkan pemerhatian agensi itu terhadap kes terdahulu yang melibatkan kejadian bencana gempa.

Sementara itu, penduduk Turkiye yang terperangkap dalam runtuhan bangunan akibat dua gempa bumi kuat kelmarin telah meminta pertolongan menerusi media sosial termasuk Facebook, Instagram dan juga TikTok.

Walau bagaimanapun tindakan itu meruntun hati pengguna media sosial yang tidak mampu berbuat apa-apa melainkan memberi kata-kata semangat buat mangsa.

Image via Kabar24

Image via Toraja - Tribun

Difahamkan, Hatay adalah wilayah Turki yang paling teruk dilanda bencana itu. Lapangan terbang di sana juga rosak dan ditutup, menjadikannya lebih sukar untuk pasukan bantuan dan penyelamat untuk sampai ke bandar yang sudah musnah.

Image via HarakahDaily

Salam takziah dan Al-Fatihah untuk kesemua mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye dan Syria. Semoga mereka semua dilindungi oleh Allah SWT.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment