Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

“Trend Kahwin Muda Membimbangkan" - 2 Minggu Nikah Dah Bercerai Sebab Belum Bersedia

"Jangan jadikan kahwin sebagai trend" - Netizen.

Cover image via Pesona Pengantin Iluminasi

Memang tidak dapat dinafikan lagi, semua orang lelaki mahupun perempuan pasti memasang angan-angan untuk berkahwin dengan pilihan hati

Lebih-lebih lagi jika umur semakin meningkat dewasa dan kawan-kawan sekeliling pun ramai yang sudah berumah tangga. 

Namun, anda perlu tahu perkahwinan ini bukanlah satu perkara yang remeh dan senang prosesnya. Jika belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri, lebih baik jangan fikir lagi soal kahwin. 

Kalau tidak, maka akan terjadilah macam-macam dugaan dan tragedi sedih kepada anda dan pasangan. Malah akan turut terkena tempias kepada keluarga kedua-dua belah pihak.

Begitulah juga dengan perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya baru-baru ini apabila ciapannya di Twitter mengenai kes penceraian yang kerap berlaku kepada pasangan baru berkahwin zaman sekarang.

Baca ciapan penuh di bawah:

Menerusi ciapan tersebut, Fedtri Yahya berkongsi tentang 3 masalah rumah tangga yang baru saja berlaku kepada orang kita

Kes 1: Baru dua minggu dah nak bercerai sebab ‘baru rasa’ tak bersedia. Duit catering pun tak habis bayar lagi.

Kes 2: Pelajar uni email ramai orang sebab perlu kahwin segera. Kita tanya sebab apa? Terlanjur ke? Dia kata tak. Hanya nak tegakkan agama melalui perkahwinan. Saving dia ada rm170 baru

Kes 3: Dah ada anak tapi kemudian nak cerai sebab tak suka komitmen sebab stress. Lebih senang hidup bujang. Habis, anak kau tinggal mcm tu je?

Suami yang dilihat sebagai seorang soft spoken rupa-rupanya panas baran dan kaki pukul

Dalam pada itu, kisah keempat pula dikongsi oleh seorang wanita di mana kawannya telah berkahwin dengan pilihan yang salah. Dia dikatakan baru tahu perangai sebenar suaminya selepas berkahwin apabila sering dipukul dan dimaki setiap hari.

Oleh itu, dia memberikan nasihat supaya orang di luar sana tidak terlalu tergesa-gesa untuk berkahwin kerana perkahwinan umpama satu perjudian. Selagi belum tinggal sebumbung, kita tidak akan nampak sikap sebenar pasangan kita.

Berikut di bawah adalah beberapa perkongsian lain oleh individu yang turut mengalami masalah rumah tangga untuk kita jadikan sebagai iktibar

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen bersetuju dengan statement Fedtri Yahya supaya jangan 'dakwah' orang muda kahwin awal selagi belum bersedia

Jika tidak, ia akan menyusahkan orang lain di kemudian hari dan juga mengaibkan keluarga sendiri. 

Ketika artikel ini ditulis, ciapan tersebut berjaya mendapat 27.8k retweets, 1k quotes dan 33.9k likes di Twitter. Netizen turut memberikan pendapat mereka masing-masing tentang topik hangat ini.

Di bawah komen-komen menarik daripada netizen:

Image via @fedtriyahya (Twitter)

Image via @fedtriyahya (Twitter)

Image via @fedtriyahya (Twitter)

Image via @fedtriyahya (Twitter)

Image via @fedtriyahya (Twitter)

Image via @fedtriyahya (Twitter)

Image via @fedtriyahya (Twitter)

Image via @fedtriyahya (Twitter)

Ingat guys, jangan jadikan kahwin tu sebagai perlumbaan. Kahwin bila dah betul-betul sedia okay?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment