Tukang Sapu Sebar Klip Video Lucah 'Threesome' Bersama Isteri Didenda Mahkamah RM80,000
Difahamkan, tertuduh didakwa menggunakan akaun aplikasi X untuk menyebar video sumbang dan lucah bagi tujuan menyakitkan hati orang lain.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang tukang sapu di Alor Setar dijatuhkan hukuman denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menghantar video sumbang dan lucah berkumpulan bagi tujuan komersial awal tahun lalu
Menurut laporan Harian Metro, terrtuduh Kamarulnazri Desa@Yahaya, 45, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.
Tertuduh didakwa secara sedar menggunakan akaun aplikasi X untuk penghantaran komunikasi iaitu video sumbang dan lucah bagi tujuan menyakitkan hati orang lain pada 26 Januari dan 4 Februari lalu.
Tertuduh turut didakwa secara sedar menyebarkan komunikasi lucah menggunakan akaun X iaitu video melalui pautan aplikasi Telegram bagi tujuan komersial kepada orang lain pada 8 Februari dan 17 Februari lalu.
Image via Harian Metro
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) dan 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di mana jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya sekali
Berdasarkan fakta kes juga, tertuduh didapati menjual kandungan video seks berkumpulan terbabit dengan harga RM100 berdasarkan resit bayaran yang ditemui pihak berkuasa ketika melakukan siasatan.
Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Fatin Hadni Khairuddin, manakala tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana peguam.
Tertuduh dalam rayuannya meminta hukuman diringankan berikutan hanya bekerja sebagai pekerja am pembersihan dengan pendapatan RM1,500 sebulan dan masih menyara isteri dan empat anak termasuk dua yang masih menuntut di universiti selain menjaga nenek yang uzur.
Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan meminta hukuman berat dijatuhkan berikutan tindakannya memuat naik klip video mempromosi kegiatan seks berkumpulan termasuk video hubungan isterinya bersama lelaki lain sambil disaksikan tertuduh.
Image via China Press
Difahamkan, video berkenaan dijual kepada orang ramai dan pemeriksaan SKMM mendapati terdapat banyak koleksi video milik tertuduh di pautan media sosial yang dimuat naiknya sejak 2016.
Berikutan itu, beliau meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh sebagai pengajaran kepadanya dan pelaku lain yang terbabit bagi menghalang aktiviti seks bebas ini terus berleluasa termasuk jika kandungan terbabit diakses kanak-kanak.
Hakim kemudian menetapkan tertuduh dikenakan denda RM80,000 atau penjara dua tahun sekiranya gagal membayar hukuman berkenaan.
Ekoran itu, tertuduh gagal membayar denda yang dikenakan ke atasnya dan akan dibawa ke Penjara Pokok Sena bagi menjalani hukuman penjara yang ditetapkan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment