Tular Dengan Formasi Dron Terbanyak, Bulan Bintang Tersenarai Di Malaysia Book of Records
Memang wow lah!
Seperti yang kita tahu, baru-baru ini terdapat banyak jenama lokal fesyen di Malaysia yang sudah mula mempromosikan baju raya mereka
Antara jenama lokal yang popular dan sentiasa mendapat sambutan hangat dalam kalangan rakyat di Malaysia adalah Hijabistahub, Mimpi Kita, Qiszar, Anaabu, Bulan Bintang dan macam-macam lagi.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video pertunjukan fesyen jenama Bulan Bintang yang tampil dengan persembahan formasi dron terbanyak di Malaysia telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kos cecah RM2 juta, bawa team dari United Kingdom untuk persembahan dron
Menerusi perkongsian video daripada @remaja.my, kelihatan pertunjukan fesyen Bulan Bintang Takes The Sky itu telah diadakan di Menara Kuala Lumpur.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila founder Bulan Bintang iaitu Azzim Zahid Azmi membuat kejutan kepada orang ramai dengan menampilkan persembahan dron di udara yang menceritakan perjalanan bisnesnya sejak lapan tahun lalu.
Lebih menarik perhatian, Bulan Bintang mencipta rekod di Menara KL apabila menjadi satu-satunya jenama lokal Malaysia yang mempertontonkan pertunjukan dron terbanyak sehingga berjaya tersenarai di Malaysia Book of Records.
Image via Utusan Malaysia
"Hebat marketing founder Bulan Bintang ni. Our local brand fly to another level!" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 442.3K tontonan, 36.9K tanda suka serta 700 perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan pencapaian anak muda sehebat pengasas Bulan Bintang yang berani melakukan pertunjukan fesyen 'out of the box'.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @remaja.my (TikTok)
Image via @remaja.my (TikTok)
Image via @remaja.my (TikTok)
Image via @remaja.my (TikTok)
Image via @remaja.my (TikTok)
Image via @remaja.my (TikTok)
Image via @remaja.my (TikTok)
Image via @remaja.my (TikTok)
Image via @remaja.my (TikTok)
Image via @remaja.my (TikTok)
Kalau macam inilah level marketing dia, Bulan Bintang memang layak masuk dalam Malaysia Book of Records. Bangga tengok jenama lokal kita sehebat ni!
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment