Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tular Foto Mayat & Nota Misteri, Lelaki Dedah Kisah Seram Rumah Di Tanjung Karang. Takut!

Menurutnya, dia pernah mendengar banyak versi namun dia hanya berkongsikan kisah yang didengarinya dari penyewa yang pernah tinggal disitu sebelum ini.

Cover image via Twitter @azrulnaim777

Tular di laman sosial penemuan satu rangka mayat di sebuah rumah yang terbiar lama dan tidak berpenghuni

Menerusi laman Twitter, @azrulnaim777 telah memuat naik beberapa gambar yang mana salah satu daripadanya memaparkan satu nota yang ditinggalkan di peti surat surau berhampiran sebagai pesanan untuk menguruskan rangka manusia di dalam rumah tersebut.

Perkara ini ternyata menjadi misteri kerana ramai yang menanyakan mengapa si penulis nota tersebut tidak terus menelefon pihak berkuasa atau penduduk kampung tersebut. 

Difahamkan, kejadian ini berlaku di Batu 10, Tanjung Karang, Kuala Selangor.

Menurut Azrul, rumah kosong itu adalah kepunyaan seseorang yang dikenali sebagai Cikgu Jumbri yang sudah lama meninggal.

Menerusi rangkaian tweet, Azrul turut mendedahkan beberapa kisah seram yang pernah berlaku di rumah itu

Menurutnya, dia pernah mendengar banyak versi namun dia hanya berkongsikan kisah yang didengarinya dari penyewa yang pernah tinggal disitu sebelum ini.

Rumah sewa itu disewakan hanya RM50 sebulan, namun ramai yang tidak dapat bertahan kerana sering diganggu. 

Antara yang pernah menyewa rumah misteri itu ada krew produksi untuk sebuah rancangan televisyen. 

Selepas itu, pasangan mat salleh yang menyewa disitu turut diganggu. Mereka hanya tinggal tidak sampai seminggu sebelum membuat keputusan untuk keluar dari rumah tersebut.

Dihujung rangkaian tweet itu, Azrul bagaimanapun memberitahu tidak dapat memastikan kesahihan kisah mayat tersebut kerana dia hanya menceritakan perihal sejarah rumah tinggal itu.

Meskipun begitu ternyata kisah misteri ini bukanlah satu rekaan apabila pihak berkuasa telah mengesahkan perkara selepas menerima laporan orang ramai

Menurut Ketua Bahagian Tg Karang, Tuan Azmil, difahamkan mayat yang ditinggalkan itu telah dibawa ke bilik hospital dan dikebumikan di tanah perkuburan Kg. Melaka.

Takutnya baca!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel seram di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment