seismik

Tengah Edit Gambar, Tiba-Tiba Muncul Entiti Wajah Bertopeng Putih. Ini Kisah Seram 6 Rakan

Serius seram kalau kena kat batang hidung sendiri.

Cover image via Aainaa Zawani

Trend bachelorette party sudah menjadi kebiasaan buat kaum wanita masa kini bagi meraikan rakan yang bakal menamatkan zaman bujang

Image via Instagram @yuna

Acara ini disertakan sekali dengan jamuan makan, permainan, sleepover, dan pastinya galeri telefon masing-masing akan penuh dengan ratusan gambar dan swafoto sebagai kenang-kenangan.

Maklumlah, bila lagi nak dapat peluang macam ni kan?

Sekumpulan enam sahabat ini turut tidak lepaskan peluang meraikan seorang rakan mereka yang bakal berkahwin

Image via Aainaa Zawani

Enam wanita ini telah mengadakan acara bachelorette party di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Sabtu, 3 Ogos 2019.

Acara tersebut berjalan lancar seperti biasa, sama juga seperti parti-parti lain. Tiada apa kejadian pelik berlaku sepanjang mereka menginap di sana sehinggalah salah seorang daripada mereka, Aainaa Zawani menemui sesuatu yang janggal pada malam Isnin.

Disangkakan hanya berenam, rupa-rupanya ada lebih

Aainaa yang pada ketika itu sedang meng-edit gambar-gambar yang diambil pada acara tersebut tiba-tiba menemui beberapa kelibat yang menakutkan.

Kelibat tersebut dilihat seperti wajah bertopeng putih yang sedang "bergambar" sekali dengan mereka berenam di dalam bilik hotel.

Kelibat wajah bertopeng putih tiba-tiba muncul

Image via Aainaa Zawani

Lebih menghairankan, kelibat berkenaan hanya muncul apabila Aainaa memakai satu aplikasi sahaja

Kelibat itu juga dapat dilihat bukan dalam satu gambar sahaja, malah menurut Aainaa ia muncul dalam hampir kesemua gambar yang diambil dalam bilik hotel tersebut.

Tiga topeng putih

Image via Aainaa Zawani

Empat topeng putih

Image via Aainaa Zawani

"Rasa menggigil macam nak nangis"

Bercakap kepada SAYS, Aainaa menyifatkan pengalaman itu sebagai yang paling menyeramkan dalam hidupnya. Dia juga hampir menangis apabila kelibat tersebut muncul dalam hampir kesemua gambar mereka selepas di-edit.

"Mula-mula edit satu gambar, ada dua kelibat muncul. Menggigil tangan saya masa tu. Bila saya tukar kepada gambar lain. keluar pula tiga kelibat. Ada juga yang sampai empat. Saya hampir menangis sebab terlalu takut," kata Aainaa.

Apabila ditanya tentang kejadian aneh lain yang terjadi sepanjang berada di sana, Aainaa berkata mereka tidak mengalami apa-apa gangguan. Cuma...

... seorang rakannya seolah-olah boleh merasai akan "kehadiran" entiti lain sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik hotel tersebut. Sejak hari pertama lagi, rakannya itu berasa seram sejuk, malah dia juga mengalami kesukaran untuk tidur sehingga lewat pagi.

Gambar sekadar hiasan

Image via mybeautycravings.com

"Kami tak fikir apa-apa pun ketika berada di sana kerana kami semua sedang bersuka ria. Tetapi ada seorang rakan kami yang seakan-akan boleh merasai bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan bilik itu. Namun dia tidak pula memberitahu kami.

"Selepas kelibat ini muncul dalam gambar yang saya edit, barulah dia membuka cerita. Menurutnya juga, dia mengalami sakit kepala pada pagi hari berikutnya," jelas Aainaa lagi.

Aainaa dan rakan-rakan berasa sangat bersyukur kerana mendapat tahu tentang perkara ini selepas meninggalkan hotel tersebut

"Saya tak dapat bayangkan bagaimanalah keadaan kami jika kami mendapat tahu tentang kehadiran entiti berkenaan ketika kami masih berada di sana. Mesti kami akan rasa takut sepanjang malam, atau mungkin kami akan terus check out!

"Syukur sangat kami semua selamat dan tidak diapa-apakan," kata Aainaa mengakhiri temubual.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Fuuhhh yang ini pun seram!

You may be interested in: