Tular Kedai Runcit 'Legend' Di Batu Kurau, Duit Syiling 4 Tingkat Jadi Tarikan Pengunjung
Dibuka 24 jam, semua benda ada dekat sini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, sebuah kedai runcit popular di Batu Kurau, Perak tular kerana konsep kedai yang tidak dikunci dan bekas duit syiling setinggi 4 tingkat telah mencuri tumpuan ramai
Menerusi video yang dimuat naik oleh @hazwanhfiz di laman X, kelihatan keadaan di dalam kedai runcit itu sangat teratur.
Difahamkan, ia dibuka 24 jam sehari dan 365 hari setahun. Bermakna, kedai runcit tersebut tidak pernah ditutup. Malah, ia tidak pernah berkunci.
Image via @hazwanhfiz (X)
Image via @hazwanhfiz (X)
Bukan itu saja, apa yang lebih menarik perhatian adalah terdapat bekas duit syiling setinggi empat tingkat yang dikatakan nilainya hampir mencecah hampir RM100,000.
"Orang Batu Kurau panggil 'Kedai Mat Sabu'. Masuk kedai runcit dia, mata lebih tertarik dengan duit syiling 4 tingkat di tepi meja.
"Dulu duit syiling letak dalam bakul raga ja. Tokey pesan siapa boleh angkat bakul duit syling ni, boleh bawa balik.
La ni nohh dah 4 tingkat.
"Ada orang tanya tak takut ka kena rompak duit banyak-banyak tu?
Silakan masuk rompak kalau anda berani. Silap-silap tak keluar kedai la.
Tokey bukan kosong," katanya.
Lihat video itu di bawah:
Wow, ini kalau masuk silap-silap boleh sesat tak jumpa jalan keluar :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment