seismik

Wanita Kreatif Pasang Mesin Rumput Pada Kerusi Roda - "Panjang Akal Akak Ni"

Tak adalah sakit sangat badan nak pikul mesin rumput yang berat tu kan.

Cover image via @halidali269 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pekerjaan sebagai seorang pemotong rumput sebenarnya agak mencabar, ia juga memerlukan tenaga yang banyak

Selalunya, pekerjaan ini dimonopoli oleh golongan lelaki kerana tenaga mereka lebih kuat daripada wanita.

Namun begitu, jika terdapat cara yang lebih mudah untuk memesin rumput tentu lebih bagus bukan?

Baru-baru ini, seorang wanita memasang mesin rumput pada kerusi roda telah mencuri tumpuan ramai di TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @halidali269, kelihatan wanita itu sedang memesin rumput yang sudah tumbuh tinggi di sebuah kawasan lapang.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia menggunakan cara yang berbeza dengan memasang mesin pemotong rumput pada kerusi roda itu.

Wanita itu hanya berdiri di belakang dan mengawal bilah pemotong rumput tanpa perlu memikul mesin yang berat di bahunya.

Tak pernah terfikir pula nak guna kerusi roda kan, terbaik inovasi akak ni!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: