Tular Laungan Azan Di Masjid Dubai Digantikan Dengan Ayat "Solatlah Di Rumah Kamu"
Hukumnya dibolehkan jika darurat atau ada musibah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan berita di Dubai, UAE dilanda banjir kilat yang dahsyat
Susulan itu, banjir yang melanda di negara berkenaan telah mengakibatkan pelbagai kerosakan.
Hujan yang lebat pada malam 16 April (Selasa) juga mengakibatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai turut dinaiki air dan terpaksa menghentikan operasi mereka.
Begitupun, tular sebuah video yang memaparkan seorang individu merakam suasana di sana ketika azan dilaungkan di sebuah masjid.
Lafaz azan hayya alas solah, hayya alal falah digantikan dengan sollu fi rihalikum yang bermaksud "solatlah di rumah kamu."
Image via @faiziiraja007 (TikTok)
Agama Islam membenarkan laungan azan diubah ketika darurat atau terkena musibah
Image via Mufti Wilayah Persekutuan
Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, peristiwa dilaungkan agar solat dilakukan di rumah pernah berlaku di zaman Nabi SAW dan ia merupakan satu sunnah apabila ditimpa sesuatu musibah yang menyukarkan seseorang itu ke masjid atau membahayakan dirinya berdasarkan kepada beberapa riwayat yang telah disebutkan di atas.
Lihat video penuh itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment