Tular TikToker Korea Kena Penjara 7 Tahun, Didakwa Rogol Kawan Baik Sendiri
Jangan pernah menilai seseorang dengan hanya melihat penampilannya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pempengaruh terkenal asal Korea Selatan, Seo Won Jeong, dituduh melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita dan dihukum 7 tahun penjara
Seo Won Jeong, 27, atau lebih dikenali dengan 'Mama Boy Ox Zung' atau 'Mama Guy' itu mula terkenal selepas videonya dengan sebutan 'Mama' tular di TikTok.
Won Jeong yang mempunyai pengikut sebanyak 55.6 juta di TikTok juga menjadi bualan ramai selepas dia didapati tidak memuat naik sebarang video selama hampir dua bulan sebelum didakwa.
Dia dilaporkan secara tiba-tiba menyepi selepas memuat naik video terakhirnya pada 22 Julai lalu sekali gus menimbulkan tanda tanya kepada seluruh pengikut setianya.
Menerusi perkongsian di platform X melaporkan bahawa pempengaruh itu telah ditahan polis dan didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang tidak didedahkan identitinya.
Dia turut dilaporkan telah keluar minum bersama sebelum membawa mangsa ke rumah lelaki lain.
Selepas itu, wanita berkenaan dikatakan terus menghubungi pihak polis selepas mendengar bunyi rakaman dan mendakwa telah diperkosa oleh kedua-dua lelaki terbabit pada masa sama.
Namun, media antarabangsa melaporkan bahawa Won Jeong enggan membuka pintu ketika pihak polis tiba pada waktu itu.
Image via @4ever_youngeuni (X)
Balai Polis Gangnam, Seoul, Korea dilaporkan telah menjalankan siasatan dan menyerahkan kes tersebut ke pihak pendakwaan
"Bermula 15 Disember, Won Jeong boleh dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun jika didapati bersalah atas kesalahan tersebut.
"Tuduhan rakaman secara haram telah digugurkan kerana kekurangan bukti dalam telefon bimbitnya," kata polis, lapor SBS.
Sementara itu, Won Jeong melaporkan bahawa wanita itu melakukan hubungan dengannya secara sukarela.
Namun, kes tersebut juga dikatakan dibicarakan di mahkamah pada 17 Januari 2024. Sehingga kini, pihak pengurusan Won Jeong, SOONENT dilaporkan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment