Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tular Video Laluan Ambulans Ini Dihalang, Pemilik Kereta Tampil Beri Penjelasan Sebenar

Bunyi muzik lagi kuat daripada siren.

Cover image via @hikumi_85 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, tular video di media sosial mengenai sebuah kenderaan dipercayai jenis Naza Forte menghalang perjalanan sebuah ambulans yang di dalam kecemasan

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna TikTok, @hikumi_85 ambulans berkenaaan yang pada mulanya berada di lorong kanan bagaimanapun terpaksa menukar laluan ke lorong tengah disebabkan jalan yang sesak.

Begitupun, cubaan ambulans yang dipandunya untuk bergerak dengan lebih pantas terhalang disebabkan terdapat sebuah kereta Naza yang berada dihadapannya.

Berbanding kenderaan lain yang dilihat bergerak ketepi untuk memberikan laluan, kereta itu langsung tidak berganjak walaupun lampu dan siren sudahpun dibunyikan.

Kereta berkenaan dilihat terus kekal di laluannya meskipun petugas ambulans berulang kali menyebut nombor pendaftaran kenderaannya dan meminta pemandu kereta itu untuk beralih ke kiri bagi membuka laluan.

Tonton video penuh berkenaan di bawah:

Tak dengar bunyi siren ambulans di belakang kerana muzik di dalam kereta terpasang kuat

Susulan daripada itu, pemilik kereta berkenaan tampil memberi penjelasan di laman sosial miliknya di Facebook.

Menurut lelaki itu, dia tidak mendengar bunyi siren ambulans terbabit kerana muzik di dalam kereta dipasang kuat.

Dia turut mengakui kesilapan yang dibuat olehnya dan meminta maaf kepada semua terutamanya ambulans berkenaan.

Image via Sharifah Rosfadeana (Facebook)

Hasil semakan yang dibuat netizen sendiri, pemilik kereta terbabit dipercayai mempunyai 11 saman polis berjumlah RM2,650

Hasil tinjauan di media sosial, kejadian terbabit telah mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada netizen.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah pun meraih lebih 574K views, 50.1K likes dan 5.5K comments di TikTok.

Rata-rata mereka berpendapat pemilik kereta berkenaan bersikap biadap dan langsung tidak ambil peduli dengan apa yang terjadi di sekeliling.

Berikut di bawah antara komen netizen mengenai isu itu:

Image via @hikumi_85 (TikTok)

Image via @hikumi_85 (TikTok)

Image via @hikumi_85 (TikTok)

Apa pendapat korang mengenai isu ini? Halang laluan ambulans bukan perkara kecil ya, semoga insiden ini dijadikan iktibar untuk semua orang!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment