Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Tun Mahathir Rileks Pecut 150KM Sejam Di Litar Sepang - "Umur Dah 99 Tahun"

Padulah Tun.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Walaupun sudah berusia 99 tahun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat masih mampu untuk memandu kereta sendiri

Malah, bekas Perdana Menteri itu dilihat masih sihat dan mampu melakukan pelbagai aktiviti harian.

Terbaru, Tun Mahathir dilihat memandu kereta sendiri sehingga memecut laju di Litar Antarabangsa Sepang.

Image via Dr. Mahathir bin Mohamad (Facebook)

Tekan minyak sampai 150 kilometer sejam

Menerusi sebuah video di Facebook miliknya, ia memaparkan bekas pimimpin negara berkenaan sedang memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Audi Q5 di Litar Antarabangsa Sepang.

Pada awalnya, Tun Mahathir dilihat hanya duduk di bahagian penumpang hadapan dengan dibawa mengelilingi litar tersebut oleh Pengerusi SIC, Tan Sri Mohamed Azman Yahya.

Tun Mahathir juga dibawa untuk melihat fasiliti di litar tersebut sebelum kemudiannya dilihat memandu sendiri kenderaan itu.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah Tun Mahathir dengan 'selamba' memandu kenderaan tersebut sehingga mencecah lebih 150 kilometer sejam.

Dalam sesi temu ramah berkenaan, Tun Mahathir telah berkongsi tentang sejarah pembinaan litar tersebut yang telah dilaksanakan pada tahun 1998.

Lihat video itu di bawah:

Bukan biasa-biasa kelajuan Tun memandu ya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment