Tunggang Motor Kriss 110 Hampir 2 Bulan, Remaja 19 Tahun Berjaya Sampai Ke Mekah
Alhamdulillah, tahniah dik!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setelah menunggang motosikal selama hampir dua bulan, impian dan hasrat seorang remaja lelaki 19 tahun ingin menunaikan ibadah umrah di Mekah akhirnya tercapai
Menerusi sekeping gambar yang dikongsi di akaun Facebook Aimpro Samudra, pemuda bernama Muhammad Aidil Nursulhi itu selamat sampai di Tanah Suci dengan menunggang motosikal jenis Modenas Kriss 110.
Menurut laporan Kosmo!, pengembaraan itu mengambil masa dua bulan dan Aidil telah memulakan perjalanannya dari Melaka pada 21 Mac 2024 lalu.
Image via Aimpro Samudra (Facebook)
Walaupun banyak halangan yang ditempuhnya, Aidil tekad untuk meneruskan ekspedisinya ke Mekah.
"Alhamdulillah, abah sendiri pun belum sampai. Syukur, ini semua dengan keizinan daripada Allah dan berkat doa semua," kata ayahnya.
Difahamkan, Aidil pernah mengelilingi dunia bersama ayahnya, Aimpro Samudra dengan menaiki kereta jenis Perodua Kelisa dan kejayaannya kini sangat membanggakan ayahnya itu.
Terkini, Aidil sudah selamat menunaikan ibadah umrah bersama geng motosikalnya
Menerusi video TikTok ayahnya, kelihatan Aidil dan pasukan motosikal yang lain bergambar bersama di Tanah Suci.
"Inilah barisan team motosikal Jelajah Silaturrahim Malaysia Ke Mekah 2024. Ramai yang tertanya-tanya, adakah mereka semua solo rider. Tidak jawapannya, mereka satu pasuka tak ubah seperti sebuah keluarga yang saling bantu-membantu.
"Anak aku peserta motosikal paling muda, paling kurang ilmu pemanduan motosikal jarak jauh. Inilah kisah perjalanan kami 'Orang Kampung Nak Melihat Dunia'," katanya.
Image via @aimprosamudra31 (TikTok)
Image via @aimprosamudra31 (TikTok)
Lihat video di bawah:
MashaAllah, hebatnya dia. Semoga mendapat umrah yang mabrur dan selamat sampai ke Malaysia nanti dik!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment