Remaja Dakwa Diculik Van Putih, Rupanya Reka Cerita Sebab Tak Nak Pergi Kelas Mengaji
Alamak, kenapa buat macam tu dik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun didakwa telah diculik sebuah van putih pada Khamis, 2 Mei lalu
Menurut laporan Harian Metro, rupa-rupanya remaja berkenaan hanyalah mereka cerita untuk mengelak pergi ke kelas mengaji.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan lanjut yang dijalankan mendapati remaja perempuan itu sengaja mengada-adakan cerita diculik sebelum didapati ia tidak benar.
Menurut beliau, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan siasatan di tempat kejadian menunjukkan ada keraguan terhadap dakwaan penculikan.
"Mangsa juga takut dimarahi oleh pengadu (ibunya) kerana enggan hadir ke kelas mengaji," katanya.
Siasatan lanjut mendapati ketika tempoh kehilangannya, mangsa berjalan-jalan di Plaza Wawasan Kota Kinabalu sehingga dikesan pengawal keselamatan Wisma Sedco kerana berada lama di dalam bangunan.
Terkini, remaja berkenaan sudah diserahkan kepada ibu bapanya dan diberikan nasihat agar tidak mengulangi laporan berkaitan kes jenayah kerana boleh menimbulkan panik, selain ia satu kesalahan kerana membuat laporan palsu.
"Perbuatan itu juga menyusahkan pihak polis selain membuang masa dan tenaga melakukan siasatan," katanya lagi.
Terdahulu, remaja itu dikatakan diculik oleh sebuah van putih dan turut mendakwa mulutnya ditutup. Bagaimanapun, dia memaklumkan sempat melarikan diri selepas penculik berhenti untuk membuang air kecil di tepi jalan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!