Misteri Geng Lelaki Bertopeng Edar Ayam Percuma Di KL, Timbulkan Tanda Tanya Ramai
Fuhh, ada vibes ‘La Casa De Papel’ lah!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video pendek menunjukkan sekumpulan lelaki bertopeng mengedar ayam percuma di Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Menerusi video yang dimuat naik oleh @xyzteamproject, kelihatan geng lelaki tersebut berhenti di tepi jalan sambil mengedarkan ayam percuma kepada orang awam yang lalu di situ.
Kesemua lelaki itu memakai topeng dan ada yang memegang sepanduk bertulis 'ayam free'. Namun begitu, timbul tanda tanya orang ramai mengenai siapa mereka ini dan apa motif mereka melakukan misi berkenaan.
Kumpulan yang dikenali sebagai XYZMISSION itu mendedahkan mereka beragama Islam dan berbangsa Melayu
Menurut ketua kumpulan itu, mereka bukanlah VIP, influencer, mahupun selebriti. Sebaliknya hanyalah rakyat Malaysia yang mahu membuat kebaikan dan ingin berkongsi rezeki dengan orang yang lebih memerlukan.
"Kami semua beragama Islam dan berbangsa Melayu. InshaAllah kami akan tolong lebih ramai orang. Kami sama sekali tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada anda. Cukuplah dengan mendoakan kami agar dimurahkan rezeki supaya kami dapat membantu lebih ramai orang," katanya.
Terkini, mereka mendedahkan lokasi seterusnya adalah Masjid As-Salam Puchong Perdana dan akan mengagihkan bantuan barangan asas selepas solat Jumaat.
Pada akhir video, mereka berkata akan meninggalkan satu topeng di setiap lokasi yang dilawati sebagai tanda 'misi telah selesai'.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!