Individu Buat Servis Cari Barang Hilang Siap Ada 'Caj Mahar', Tak Sangka Memang Jumpa!
Macam mana dia boleh carikan tu ya?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, kadangkala kita tercicir barangan peribadi di merata tempat dan tidak ingat di mana kali terakhir kita melihat barang tersebut
Malah, dalam rumah pun barang boleh hilang. Akhirnya terpaksa biarkan saja kerana sudah cari tetapi tetap tidak jumpa.
Walau bagaimanapun, tular sebuah ciapan di laman aplikasi X baru-baru ini apabila seorang individu membuat servis mencari barang yang hilang hanya melalui telefon sahaja.
Menerusi tangkap layar perbualan di WhatsApp itu, kelihatan seseorang bertanya kepada individu berkenaan sama ada dia boleh tolong carikan jamnya yang sudah seminggu hilang.
Individu tersebut berkata dia boleh tolong carikan tetapi hanya 50%-75% saja cariannya itu tepat. Malah, dia mengenakan caj mahar sebanyak RM30 sebelum memulakan proses pencarian jam itu.
Apa yang mengejutkan, jam yang hilang itu akhirnya dijumpai di longgokan kain yang berlipat seperti apa yang dikatakannya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!