Ubah Fikiran Saat Akhir, Syamsul Yusof Sah ‘Tak Jadi’ Ceraikan Puteri Sarah Hari Ini
Makin rumit pula jadinya.
Mahkamah Rendah Syariah dikejutkan apabila pengarah filem kontroversi Syamsul Yusof tidak jadi menceraikan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana
Menurut sumber, mahkamah telah menetapkan hari ini untuk Syamsul melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Walau bagaimanapun, pengarah filem itu enggan menceraikan isteri pertamanya kerana akui masih sayang dan berharap rumah tangga mereka berdua boleh diselamatkan.
Ikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.
Image via Kosmo!
Semasa prosiding di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah selaku plaintif berkata, usaha untuk menyelesaikan masalah rumah tangga pasangan ini secara baik tidak berjaya
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif telah memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.
Antara alasan dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai adalah sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Image via Kosmo!
Sebagai rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, enam tahun dan Summayah, empat tahun.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment