Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ubai Dedah Selama Ini Shila Yang Tanggung Hutang Keluarga Hingga Ratusan Ribu

Pendedahan itu dibuat oleh Ubai di laman X.

Cover image via Kosmo Digital Utusan Malaysia

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular mengenai kemelut dalam keluarga penyanyi, Shila Amzah di media sosial

Menurut sumber, pempengaruh media sosial, Ubai meluahkan rasa simpati terhadap isterinya, Shila Amzah yang terpaksa berdepan dengan kemelut itu.

Menerusi luahan yang dibuat Ubai di aplikasi X, isterinya berdepan pelbagai dugaan sepanjang 33 tahun hidup.

Katanya, Shila dikerah bekerja seawal usia 10 tahun, malah isterinya tidak pernah memegang wang tunai dan kad bank sehingga usia 28 tahun.

Image via Kosmo Digital

Isteri mengalami penderaan mental dan fizikal pada perkahwinan pertama

"Keluarganya mendakwa itu tugas anak sulung dan jangan jadi anak derhaka. Sebab itulah, Shila akan dahulukan keluarga dalam segala hal.

"Dia berkahwin atas pilihan keluarga. Sepanjang tempoh tiga tahun perkahwinan, Shila alami trauma kerana terpaksa menanggung bekas suami," dedahnya.

Shila dikatakan terpaksa menanggung bekas suami, Haris Idraki termasuk melangsaikan hutang keluarga yang dianggarkan mencecahkan ratusan ribu.

Image via Utusan Malaysia

Shila cuba bangkit pada perkahwinan kedua, namun dugaan masih berterusan

"Gagal dalam perkahwinan pertama, Shila mulakan kehidupan baharu pada perkahwinan keduanya. Namun, masih tidak mudah untuk Shila lalui. Walaupun dikurniakan rezeki mendapat insan dan keluarga baru yang mendengar kisah kehidupannya, tetapi nikmat hanya sementara.

"Dia kehilangan ibu mentua beberapa hari sebelum bernikah dan adik ipar seminggu sebelum bertunang. Saya sangka kehidupan saya sudah cukup mencabar dan penuh dugaan. Ternyata, ada yang lebih besar untuk orang lain," katanya lagi.

Sementara itu, lihat ciapan penuh Ubai di laman X di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment