Umur Baru 9 Tahun, Budak Lelaki Ini Beranikan Diri 'Terbang' Solo Ke Sarawak
Cayalah dik, kecil-kecil dah merasa jadi solo traveller.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular seorang budak lelaki berusia sembilan tahun merasai pengalaman menaiki kapal terbang tanpa ditemani ibu bapanya
Menurut laporan Harian Metro, kanak-kanak bernama Ukaasyah Mohamad Anas itu menaiki pesawat pada 2 Jun lalu dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.
Difahamkan, dia pulang ke Sarawak kerana cuti sekolah sudah habis dan perlu menyambung sesi persekolahan di sana.
Menurut ayahnya, Mohamad Anas Mohamad Naem, 32, dia dan isteri ada urusan untuk diselesaikan. Jadi, mereka tidak dapat menemani Ukaasyah pulang ke Kuching sehingga terpaksa melepaskan anak sulungnya itu terbang sendirian.
Image via Harian Metro
Syukur semuanya dipermudahkan sehingga anak tiba di Kuching
"Isteri saya terima tawaran kerja sebagai jururawat di Arab Saudi, manakala saya ada kekangan kerja, jadi tak dapat hantar Ukaasyah yang tinggal dengan datuk dan neneknya di Kuching sejak Mac lalu.
"Jujurnya berat nak lepaskan Ukaasyah pergi dan kalau ditanya pada siapa pun, tiada ibu bapa tak risau biarkan anak kecil sendirian naik pesawat.
"Lagipun, itu kali pertama saya dan isteri lepaskannya, sebak pun ada kerana dia manja dengan saya, tetapi Allah SWT permudahkan semuanya sehingga Ukaasyah selamat sampai ke Kuching.
"Kami tunggu sehingga pesawat berlepas, kemudian baru pulang ke rumah.
"Setibanya di Kuching, datuk dan nenek Ukaasyah sambut ketibaannya, jadi memang lega selepas dapat tahu anak selamat sampai," katanya.
Image via Wikipedia Bahasa Melayu
Difahamkan, kru syarikat penerbangan tersebut melayan Ukaasyah dengan baik sepanjang penerbangan sehingga membuatkan dia teruja ingin naik pesawat secara solo lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment