Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Uncle Cina Besarkan Tiga Orang Anak Melayu Selama 16 Tahun - "Saya Buat Kerana Tuhan"

Kasih sayang seorang ayah kepada anak angkat.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai Michael Tong Wai atau lebih mesra disapa Uncle Mike mendapat perhatian media mengenai kisahnya membesarkan tiga adik-beradik yatim piatu berbangsa Melayu dan beragama Islam

Menurut laporan Harian Metro, Uncle Mike telah menjaga Rafei Ahmad Fauzi, 29, Rasyid, 28, dan Abdul Rahman, 24, sejak 16 tahun lalu seperti anak sendiri dan turut menyediakan pendidikan sempurna buat mereka termasuklah pendidikan agama.

Dia berkata, niatnya ikhlas demi kasih sayang kepada tiga beradik itu yang sudah dianggap seperti anak sendiri.

"Saya buat ini kerana Tuhan dan ikhlas bukan kerana mahu meraih pujian orang. Sampai bila-bila pun tiga R ini (Rafei, Rasyid dan Rahman) anak saya dan semoga kisah ini menunjukkan untuk membantu tidak melihat kepada kaum.

"Saya tak mengharapkan balasan termasuk kepada tiga anak cuma berharap mereka dapat hidup baik-baik. Apa yang saya buat ini bukan untuk meraih pujian tetapi kerana Tuhan dan tak mahu memisahkan mereka tiga beradik.

"Sekarang saya gembira melihat tiga anak ini sudah besar, ada pekerjaan dan seorang sudah berkeluarga, malah saya juga sudah ada tambahan dua R iaitu Rayyan dan Rania, cucu yang menjadi sebahagian jiwa saya," katanya.

Image via Harian Metro

Harap kisah mereka menunjukkan bahawa orang ramai tidak perlu melihat daripada bangsa dan agama jika ingin membantu

"Saya bukan orang pertama membantu seperti ini dan orang Melayu juga ada membantu orang Cina dan India serta kaum lain dan sebaliknya juga. Ini bukti kita hidup dalam harmoni walaupun masih ada segelintir memainkan isu perkauman.

"Saya sedih melihat isu perkauman dan sebagai rakyat negara yang berbilang kaum kita perlu hidup harmoni dan aman bersama kerana kita semua keluarga," katanya lagi.

Difahamkan, Rafei, Rasyid dan Abdul Rahman dibesarkan oleh Uncle Mike sejak 16 tahun lalu selepas ibu bapa kandung mereka meninggal dunia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment