Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Undian Anugerah Drama Sangat Kini Bermula, Kaki Drama Boleh Undi 'Artis Favourite' Anda

Siapa pilihan hati anda?

Cover image via @dramasangat (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

TV3 bakal melangsungkan Anugerah Drama Sangat (ADS) khusus buat peminat drama Malaysia pada bulan Disember yang akan datang

Buat julung kalinya, ADS diadakan sebagai sebuah anugerah berprestij untuk meraikan setiap keringat dan tulang belakang industri hiburan Malaysia. Untuk anda yang minat drama, pasti ini menjadi satu berita gembira bukan?

Tujuan ADS adalah untuk memberi peluang kepada peminat menghargai artis-artis kegemaran mereka dan juga pengkarya seni yang berada di belakang tabir iaitu penerbit, pengarah dan penulis skrip. Mereka merupakan komponen utama dalam mengadun sebuah karya yang dapat menyentuh jiwa penonton.

Antara drama hebat yang menjadi sajian hiburan dan pembakar semangat bagi para penonton sepanjang pandemik ini termasuklah 7 Hari Mencintaiku 2, Melastik Ke Hatimu, Takdir Yang Tertulis, Budak Tebing, Sabarlah Duhai Hati, Kampung People 2 dan banyak lagi.

13 kategori sedia ada untuk memberi peluang kepada peminat menghargai artis kegemaran

Image via xtra

ADS akan mempertandingkan 13 kategori dan terdapat 8 kategori yang terbuka untuk undian peminat, selebihnya melalui penilaian juri professional.

Bermula hari ini (3 Oktober 2021) sehingga 31 Oktober 2021, pukul 11.59 malam, peminat boleh mengundi bagi memilih pemenang dalam lapan kategori tersebut menerusi laman web. Setiap pengguna boleh mengundi sebanyak 10 kali sehari untuk setiap alat peranti.

Image via xtra

Tunggu apa lagi? Jom undi artis favourite anda!

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu serta Instagram rasmi Drama Sangat. Layari laman web dan gunakan #AnugerahDramaSangat untuk menghangatkan perbualan di laman media sosial!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment