Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Gara-Gara Universiti Ditutup, UniMAP Sedia 30 Bas Hantar Pelajar Pulang Ke Serata Malaysia

1,200 orang pelajar yang terlibat perlu menjalani pemeriksaan kesihatan khas terlebih dahulu sebelum dibenarkan menaiki bas.

Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Kerajaan Persekutuan bermula 18 hingga 31 Mac ini mengarahkan penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara

Keputusan itu dibuat sebagai usaha mengawal dan mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang juga telah diklasifikasikan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Susulan daripada itu, terdapat beberapa institusi pengajian tinggi yang mengeluarkan pekeliling akan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. 

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Asia Times

Pelaksanaan itu ternyata membenarkan semua pelajar untuk mengikuti kuliah dari luar kampus termasuk dari tempat tinggal pelajar masing-masing.

Ekoran itu juga, dapat dilihat tularnya beberapa gambar di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan juga lebuh raya sesak dengan rakyat Malaysia, berkemungkinan terdiri daripada golongan pelajar yang dikatakan ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via MalaysiaKini

Perkara ini semestinya sangat membimbangkan terutamanya situasi di TBS yang memungkinkan wabak Covid-19 tersebar gara-gara berlakunya mass gathering.

Walau bagaimanapun situasi ini dilihat tidak berlaku kepada pelajar-pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Menerusi satu posting di laman Facebook rasmi universiti tersebut, pihak UniMAP dilihat lebih memikirkan ke arah keselamatan mahasiswa dan mahasiswi dengan menyewa sebanyak 30 buah bas untuk menghantar 1,200 pelajar mereka pulang ke kampung halaman masing-masing.

Image via Facebook @UniversitiMalaysiaPerlis

Bas-bas yang disediakan ini membabitkan perjalanan ke Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta negeri-negeri di Pantai Timur dan setiap pelajar turut menjalani pemeriksaan kesihatan khas yang dikendalikan oleh pasukan petugas Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sebelum dibenarkan menaiki bas.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Image via Facebook @UniversitiMalaysiaPerlis

Image via Facebook @UniversitiMalaysiaPerlis

Image via Facebook @UniversitiMalaysiaPerlis

Image via Facebook @UniversitiMalaysiaPerlis

Image via Facebook @UniversitiMalaysiaPerlis

Image via Facebook @UniversitiMalaysiaPerlis

Alhamdulillah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak UniMAP di atas inisiatif yang dilakukan ini.

Sewajarnya, tindakan rasional seperti ini dilaksanakan oleh kebanyakan IPTA dan IPTS yang lain.

Antara komen yang memuji tindakan UniMAP:

Image via imgur.com

Image via imgur.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment