Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Usus Bocor & Stress Punca Nora Anne Meninggal, Tiada Kesan Penculikan Atau Rogol

Mayat remaja berusia 15 tahun itu dijumpai tidak berpakaian berhampiran anak sungai di Seremban pada 13 Ogos yang lalu.

Cover image via Daily Mail UK

Hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pihak polis mengesahkan bahawa punca kematian Nora Anne Quorin adalah disebabkan kebocoran pada usus

Nora Anne Quorin

Image via Google

Perkara ini telah dinyatakan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan menerusi satu sidang media yang diadakan sebentar tadi.

Image via Daily Mail UK

Tambah beliau lagi, tiada sebarang unsur jenayah seperti penculikan mahupun rogol ke atas mayat mangsa. Punca utama adalah disebabkan kebocoran usus kerana tidak menjamah makanan dalam tempoh masa yang lama serta stress yang berpanjangan.

Nora Anne dikatakan telah meninggal dunia sekitar dua atau tiga hari sebelum mayat mangsa ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Nora Anne dilaporkan hilang ketika bercuti bersama keluarganya di Resort The Dusun, Seremban, Negeri Sembilan pada 4 Ogos lalu

Selepas pencarian hampir 10 hari, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menjumpai mayat gadis berkenaan kira-kira dua kilometer dari lokasi resort berkenaan.

Image via Facebook Michael Agnev

Mayat remaja berusia 15 tahun itu dijumpai tidak berpakaian berhampiran dengan anak sungai pada 13 Ogos yang lalu.

Lihat video penuh sidang media tersebut di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment