"Tolong Ajar Weh!" - Netizen Sakit Hati Tengok Orang Korea Potong Durian Macam Potong Epal
Jangan main-main dengan buah durian, okay!
Bila bercakap pasal buah durian ini, sama ada you love it, atau you hate it. There's nothing in between.
Bau yang terdapat pada buah durian terlalu kuat sehingga mereka yang tidak menggemarinya membandingkan bau buah itu dengan bau bangkai tikus atau keju basi.
Image via Fried Chillies
Berbeza pula dengan penggemar buah durian yang bukan sahaja sukakan bau buah tersebut bahkan turut merasakan raja bagi segala buah sangat enak kerana mempunyai rasa yang sangat berbeza serta memberi kepuasan yang tersendiri.
Buat yang benar-benar gilakan buah durian, pasti akan rasa sedikit 'triggered' tatkala ada yang mengutuk atau merendahkan buah itu.
Image via NST
Mereka yang menyatakan buah itu tidak sedap pun boleh buat penggemar durian sakit hati, apatah lagi apabila melihat ada yang memotong buah tersebut dengan cara yang salah. Sakitnya mata!
Seperti yang berlaku dalam sebuah variety show dari Korea Selatan.
Ada ke patut potong durian macam potong epal/tembikai?
Tular di laman Twitter sedutan episod rancangan 'Law Of The Jungle' yang mana episod kali ini memaparkan pengembaraan beberapa selebriti dari Korea Selatan memasuki hutan belantara di Myeik, Myanmar.
Di dalam episod berkenaan, selebriti-selebriti itu berpeluang untuk melihat dan merasai sendiri raja segala buah itu.
Image via Twitter @Tumblrshopmy
Disebabkan asing dengan buah tersebut, selebriti yang terlibat mula melakukan aksi-aksi yang tidak pernah dibuat orang seperti memanjat pokok durian semata-mata untuk menghidu bau dan aroma sebenar buah durian.
Image via Twitter @_nuruliffahh
Tidak cukup dengan itu, cara mereka memotong buah durian membuatkan ramai yang menonton mula menggelengkan kepala.
Image via Twitter @Tumblrshopmy
Adegan-adegan ini sebenarnya telah dikongsikan beberapa pengguna Twitter yang juga merupakan peminat variety show itu.
Lihat adegan penuh di bawah:
Bila dah viral itu, mulalah ada warganet yang akan 'triggered'
Celah mana durian rasa macam nenas?
Image via Twitter
Tengok mereka makan durian ini, tiba-tiba tekak penulis pun mengidam nak makan durian!
Image via Giphy
Penangan buah durian sampai wanita Jepun ini pun ketagih!
Lagi artikel menarik di SAYS:
Leave a comment