[VIDEO] Amalkan Sapu Minyak Kelapa Dara, Emma Maembong Kongsi Tips Bersalin Tanpa Jahit
Para mommies boleh cuba cara ini.
Setiap wanita yang mengandung pastinya akan merasa gugup dan berdebar-debar menanti saat kelahiran
Pelbagai cara dan tips yang diamalkan supaya proses bersalin berjalan dengan lancar tanpa sebarang koyak mahupun jahitan.
Seperti mana yang kita semua tahu, bersalin itu adalah sakit yang tidak dapat digambarkan meskipun ramai yang sudah banyak kali melaluinya.
Baru-baru ini, pelakon Emma Maembong berkongsip tipsnya bersalin tanpa koyak dan jahitan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kongsi tips amalkan sapu minyak kelapa dara di bahagian vagina serta banyakkan exercise
Menerusi video yang dimuat naik oleh Emma Maembong di akaun TikToknya, kelihatan pelakon itu menjawab soalan-soalan daripada followers tentang pengalamannya bersalin tanpa koyak dan jahitan.
Menurut Emma, selain banyakkan berdoa, dia menasihatkan para ibu mengandung untuk banyakkan bergerak dan membuat exercise.
"Dekat korang punya 'V' tu, korang kena banyakkan sapu minyak. Emma sapu minyak kelapa dara dekat situ supaya bagi dia stretch so bila dia mengembang dia tak pecah atau pun koyak. Daripada korang sapu je dekat perut, baik korang sapu juga dekat situ supaya dia tak koyak," katanya.
Image via @emmashazli (TikTok)
"Saya pun guna tu minyak tu and banyak berjalan. Baby keluar 3.3KG tanpa jahit dan koyak normal delivery. Sampai nurse tanya awak ni amalkan apa" - Warganet
Susulan tularnya video itu, kini ia sudah meraih 806.1K views, 43.9K likes dan 5.6K shares di laman TikTok.
Rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman sama mereka semasa melahirkan anak dan ramai yang setuju minyak kelapa dara dapat membantu proses bersalin tanpa koyak.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @emmashazli (TikTok)
Image via @emmashazli (TikTok)
Image via @emmashazli (TikTok)
Kalau mommies ada tips lain untuk bersalin tanpa koyak dan jahit, boleh kongsikan di ruangan komen. Semoga dipermudah urusan melahirkan anak nanti! :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment