[VIDEO] “Apa Saja Demi Keselesaan Mak”- Lelaki Ini Berhabis RM300 Bawa Naik Grab Mewah
Ibu memang tiada ganti.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebagai seorang anak, adalah tanggungjawab kita untuk menjaga dan membalas balik jasa ibu bapa kita
Sememangnya ibu dan ayah tiada ganti di dunia ini. Jadi, sementara mereka masih ada, hargailah dan bahagiakanlah mereka.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki sanggup berhabis beratus ringgit demi memberikan keselesaan kepada ibunya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pilih guna perkhidmatan kereta milik hotel untuk keselesaan ibu
Menerusi video dari @amirmoktar86, kelihatan dia berkongsi pengalaman semasa dia dan ibunya menaiki sebuah kenderaan mewah.
Difahamkan mereka masa itu berada di sebuah hotel dan ingin ke hotel lain yang terletak di pekan. Menurutnya, itu adalah kenderaan milik hotel yang menyediakan perkhidmatan seperti menghantar tetamu ke airport dan sebagainya.
Dia menganggarkan jarak untuk ke pekan tersebut adalah sekitar 20 hingga 30km dari hotelnya sebelum ini dengan harga RM300. Malah, dia tidak kisah berhabis wang sebanyak itu demi keselesaan ibunya.
Image via @amirmoktar86 (TikTok)
Image via @amirmoktar86 (TikTok)
"Syurga dunia yang tiada gantinya. Semoga dimurahkan rezeki" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memujinya dan memberikan reaksi mereka selepas melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 137.6K views, 9,472 likes dan 153 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @amirmoktar86 (TikTok)
Image via @amirmoktar86 (TikTok)
Image via @amirmoktar86 (TikTok)
Image via @amirmoktar86 (TikTok)
Image via @amirmoktar86 (TikTok)
Image via @amirmoktar86 (TikTok)
Image via @amirmoktar86 (TikTok)
Image via @amirmoktar86 (TikTok)
Image via @amirmoktar86 (TikTok)
Image via @amirmoktar86 (TikTok)
Tak rugi bahagiakan ibu. Dialah satu-satunya syurga kita :)
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment