[VIDEO] Banyak Main Masa Solat, Budak Lelaki Kena 'Tepuk' Dengan Ayah Undang Tawa Netizen
Siapa je tak pernah macam ni?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Selain melaksanakan kewajipan, solat berjemaah sudah pastinya dapat mengeratkan lagi hubungan antara keluarga
Namun begitu, mengimbau masa zaman kecil dahulu, kita memang mempunyai sifat nakal dan tidak boleh fokus semasa solat. Lebih-lebih lagi, jika solat dengan adik-beradik atau rakan-rakan yang suka mengacau.
Sama seperti video yang tular di TikTok apabila seorang budak lelaki dilihat ditepuk oleh ayahnya semasa solat berjemaah telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak habis borak dengan abang, sekali kena 'tepuk' dengan ayah
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang solat berjemaah di ruang tamu rumah mereka.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dua adik-beradik lelaki dilihat rancak berbual dan usik mengusik sehinggakan mereka tidak boleh fokus solat.
Lebih menghiburkan lagi apabila ayahnya bertindak menepuk sebagai tanda marah. Kanak-kanak lelaki itu dilihat terus berdiam seperti kelihatan ingin menangis.
Image via @potatocarut (TikTok)
"Tu baru permulaan dik, nanti bapak kau dah siap solat habislah" - Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang merasa puas. Ada juga yang sempat menyakat mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 1.2M tontonan, 108K tanda suka dan 1K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @potatocarut (TikTok)
Image via @potatocarut (TikTok)
Image via @potatocarut (TikTok)
Image via @potatocarut (TikTok)
Image via @potatocarut (TikTok)
Haa itulah main-main lagi, kan dah kena! :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment