seismik

"Cari Pasal" - Gelagat Dua Lelaki Lari Dikejar Anjing Di Kawasan Hiking Buat Netizen Panik

Dah kata jangan masuk, nak juga masuk!

Cover image via @kerintingboy7 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Aktiviti hiking telah menjadi kegemaran anak muda semenjak ini untuk menghilangkan rasa bosan

Seperti kata-kata orang dulu, jika ingin masuk hutan, kita tidak boleh sembarangan bercakap kasar atau yang tidak sopan. Selain itu, kita juga perlu mematuhi semua arahan dan papan tanda yang ada di dalam kawasan hutan. 

Namun begitu, tular baru-baru ini video di TikTok apabila dua orang lelaki dikejar anjing kerana tidak mematuhi arahan menarik perhatian ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Pecut lari dikejar anjing gara-gara redah papan tanda 'anjing',

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki sedang hiking di satu kawasan yang tidak dikenal pasti. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dua orang lelaki dilihat sedang berlari dengan laju. Rupa-rupanya mereka dikejar dua ekor anjing. 

Lebih menghiburkan lagi adalah apabila perkara ini terjadi gara-gara mereka yang tidak mematuhi arahan papan tanda dan menerjah masuk ke kawasan 'anjing'. 

"Orang Malaysia biasa tulis lah singa sekali pun masuk tetap masuk" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang menyakat mereka. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 932K tontonan, 127K tanda suka dan 2K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib dua-dua lari laju, kalau tak memang dah kena serang dengan anjing! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik