seismik

"Kena Tendang" - Gadis Ditolak Kambing Semasa Rakam Video Ini Bikin Netizen Terhibur

Kambing interframe!

Cover image via @4frinaazlin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sesetengah orang mempunyai haiwan peliharaan yang comel di rumah

Bukan saja dijadikan sebagai teman, kadangkala gelagat haiwan-haiwan ini juga berada di luar jangkaan. Sesiapa yang mempunyai haiwan pasti tahu betapa rapatnya hubungan tuan dengan haiwannya. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini apabila seorang gadis yang membela kambing ini ditendang semasa merakam video telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@4frinaazlin

baru nak buat video dah banyak iklan

original sound - Ninaaa ‍ - Ninaaa ‍

Kena tolak dengan kambing semasa rakam video

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia sedang merakam sebuah video di halaman rumahnya. Kelihatan juga dua ekor kambing sedang berkejar-kejaran di belakangnya. 

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila salah seekor kambing dilihat menolak gadis itu dengan kepalanya. Gadis itu dilihat terkejut dan melompat ke depan. 

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

"Part tolak tu mesti dia kata tepi tepi, aku nak masuk content jugak" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang terus ingin membela kambing kerana comel dan jinak. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 291K tontonan, 43K tanda suka dan 700 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib tak terjatuh, kambing pun buat hal lah! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: