[VIDEO] Ayah Tampar Pipi Sebab Nyamuk, Reaksi Muka Monyok Bayi Ini Mencuit Hati Netizen
Anak: Apa salah saya?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memiliki anak kecil semestinya akan menceriakan lagi suasana di rumah
Kadangkala gelagat mereka memang mencuit hati para ibu bapa. Tidak dinafikan juga tingkah laku mereka yang nakal akan membuatkan ibu bapa merasa geram.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang ayah terpaksa menampar pipi anaknya kerana nyamuk telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Muka monyok macam nak nangis bila ayah tampar pipi
Menerusi video berkenaan, kelihatan keluarga kecil itu sedang berpiknik di tepi pantai.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sang ayah bertindak untuk menampar pipi anaknya kerana nyamuk. Anaknya itu dilihat membuat reaksi muka sedih dan merajuk. Si ibu pula lantas memujuk anaknya yang seakan-akan mahu nangis itu.
"Bapaknya pun tepuk bersungguh betul" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang mengatakan bayi itu sangat comel.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 1.9M tontonan, 293K tanda suka dan 5K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: