[VIDEO] Bapa Kongsi Cara Pujuk Anak Meragam Bila Nak Ibu Ini Buat Ramai Boleh Relate
Kreatif juga cara ni ya.
Setiap anak kecil sudah pasti mempunyai banyak ragam
Kebiasaannya, mereka akan sering menangis, merengek dan meronta-ronta jika ingin mendapatkan sesuatu. Antaranya adalah mereka ingin dijaga ibu mereka. Kalau tiada, sudah pasti tidak akan berhenti tangisan itu.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan cara bapa memujuk anaknya yang merengek telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Pakai topeng muka gambar ibu untuk pujuk anak
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ayahmalkayla di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang memeluk anak perempuannya yang merengek dan menangis kerana inginkan ibunya.
Apa yang menarik perhatian adalah dia dilihat memujuk anaknya dengan memakai topeng yang terdapat wajah isterinya. Hal itu menyebabkan anaknya terus berhenti menangis dan merenung sahaja gambar yang dicetak tersebut.
Image via @ayahmalkayla (TikTok)
"Idea yang baik. Kalau tak mujarat, boleh buat 1 topeng muka ibunya haha" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 583.2K views, 41K likes dan 1,400 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat teknik itu. Ada juga yang boleh relate dan berkongsi tentang pengalaman sama.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @ayahmalkayla (TikTok)
Image via @ayahmalkayla (TikTok)
Image via @ayahmalkayla (TikTok)
Image via @ayahmalkayla (TikTok)
Image via @ayahmalkayla (TikTok)
Image via @ayahmalkayla (TikTok)
Image via @ayahmalkayla (TikTok)
Nanti bolehlah para bapa guna cara ni ya! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment