Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Baru Setengah Jam Nikah, Pengantin Perempuan Ini Dapat Tahu Ibu Meninggal Dunia

Kuatnya dia, salam takziah.

Cover image via @mawiekhaili (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam hidup ini, kehilangan insan tersayang seperti ibu dan bapa merupakan detik yang paling semua orang tidak mahu lalui

Apatah lagi jika ia terjadi ketika hari bahagia kita. Walaupun sedih, majlis perlu diteruskan juga kerana tetamu sudah hadir.

Seperti apa yang dilalui oleh seorang pengantin perempuan ini apabila ibunya meninggal dunia selepas setengah jam dia bernikah telah membuatkan ramai sebak.

Lihat video itu di bawah:

Bergegas ke hospital untuk lihat ibu buat kali terakhir dan patah semula ke majlis untuk menghormati tetamu yang hadir

Menerusi video yang dikongsi oleh @mawiekhaili iaitu rakan baik pengantin wanita itu, dia menceritakan kisah sedih pengantin perempuan tersebut pada hari bahagianya.

Menurut Mawie, rakan baiknya yang juga pengantin perempuan itu yang dikenali sebagai Ika telah melangsungkan majlis pernikahannya pada Sabtu lalu, 26 Ogos 2023.

Apa yang menyentuh hati ramai adalah selepas setengah jam pasangan itu diijabkabulkan, Ika menerima khabar duka bahawa ibu tercintanya sedang nazak di Hospital Besar Kuala Lumpur menyebabkan dia terpaksa bergegas ke sana dan meninggalkan majlis tersebut.

Lebih menyayat hati, apabila dia tiba di hospital, ibunya sudah menghembuskan nafas yang terakhir.

Walau bagaimanapun, sebaik saja selesai menguruskan jenazah ibunya, Ika kembali semula ke majlis pernikahannya bagi menghormati tetamu yang hadir meskipun ketika itu emosinya masih lagi tidak stabil.

Image via @mawiekhaili (TikTok)

Image via @mawiekhaili (TikTok)

"Arwah mak dia nak lepaskan dia nikah dulu supaya ada orang jaga dia" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 157K views, 13.3K likes dan 1K shares di TikTok, rata-rata netizen turut sebak dan mengucapkan salam takziah buat pengantin perempuan itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @mawiekhaili (TikTok)

Image via @mawiekhaili (TikTok)

Image via @mawiekhaili (TikTok)

Tak dapat nak gambarkan perasaan dia masa tu, hati sedih tapi kena tunjuk yang dia kuat :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment