[VIDEO] Bayar Tol Hanya Guna Jam Tangan, Touch 'n Go Milik Wanita Ini Raih Tumpuan Ramai
Wow, baru tahu ada!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika kita melalui jalan yang mempunyai tol, Touch 'n Go adalah benda paling penting perlu ada dalam kereta
Iyalah, kerana semuanya kini menggunakan bayaran secara cashless untuk lebih memudahkan. Malah, Touch 'n Go juga boleh digunakan di banyak tempat selain jalan yang mempunyai tol.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi jam tangan Touch 'n Go miliknya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Jadi perhatian bayar Touch 'n Go guna jam tangan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang memandu untuk menuju ke tempat tidak diketahui lokasinya.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah semasa dia melalui lorong pembayaran Touch 'n Go, dia hanya membayar menggunakan jam tangannya saja.
Videonya itu ternyata mendapat perhatian ramai dan ada pula yang tidak mempercayainya sehingga dia terpaksa membuktikan perkara itu.
Difahamkan, jam tangan itu pernah dikeluarkan pada tahun 2016, namun tidak mendapat sambutan begitu hangat.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Tolong keluarkan balik jam ni" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 65.1K likes dan 1,186 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @fatinrehanna (TikTok)
Image via @fatinrehanna (TikTok)
Image via @fatinrehanna (TikTok)
Image via @fatinrehanna (TikTok)
Image via @fatinrehanna (TikTok)
Image via @fatinrehanna (TikTok)
Image via @fatinrehanna (TikTok)
Menariklah jam ni, kalau dia keluarkan balik confirm meletop! :D
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment