Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Berbasikal Dari Selangor Ke Perak, Wanita Ini Kongsi Effort Tunang Untuk Berjumpa

Jauh tu.

Cover image via @lipashgoweng (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasangan kekasih sememangnya pasti mencari waktu untuk berjumpa bukan?

Tambahan lagi, jika duduk berjauhan ataupun Long Distance Relationship (LDR). Iyalah, jarang nak berjumpa dan masing-masing pula sibuk dengan kerja.

Tetapi, zaman percintaan ini orang kata apa-apa saja sanggup dilakukan untuk orang istimewa, betul tak?

Seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi kesungguhan teman lelakinya yang sanggup berbasikal jauh untuk berjumpa telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Sanggup berbasikal semata-mata nak berjumpa

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi kisah pada awalnya dia tidak mengetahui apa-apa pun mengenai kejutan tersebut yang dirancang oleh tunangnya.

Dia mula merasa risau kerana lelaki berkenaan tidak menjawab semua mesejnya dan memberitahu keberadaannya.

Difahamkan, tunang wanita itu mengayuh sejauh 126 kilometer seorang diri semata-mata untuk berjumpa dengannya.

“I kerja dekat supermarket tau, so pagi pagi i nampak ada customer beli ice cream, I pun hairan lah, makan ice cream pagi pagi. And otak I pun still dekat rumah time tu, masih blur blur, tengok-tengok orangnya macam kenal hmm rupanya cinta hati saya. Walaupun LDR (hubungan jarak jauh), effort nak jumpa tu sangat mahal,” tulisnya.

Image via @lipashgoweng (TikTok)

"Ambillah kak, dunia ni milik awak berdua, longlast both of you" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan dan reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 570.2K views, 80.1K likes dan 1,685 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @lipashgoweng (TikTok)

Image via @lipashgoweng (TikTok)

Image via @lipashgoweng (TikTok)

Image via @lipashgoweng (TikTok)

Image via @lipashgoweng (TikTok)

Sweet betul tengok, jauh tu dia mengayuh :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment