Bapa Keluar Lepak Lama Sangat, Voice Note Si Anak Membebel Ini Pula Cuit Hati Ramai
Comel je anak dia membebel.
Mempunyai anak yang masih kecil sememangnya banyak cabaran buat ibu bapa
Tambahan lagi, mereka ini pula banyak kerenah yang perlu dilayan. Pada masa inilah pelbagai benda mahu diterokai oleh si kecil.
Sehingga kadang kala ia membuat kita pening tetapi ada juga yang menghiburkan hati. Jadi, tidaklah sunyi keluarga itu.
Sama seperti video di TikTok ini apabila gelagat seorang budak kecil membebel kepada bapanya telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Hantar voice note suruh balik cepat
Menerusi video tersebut, kelihatan si ibu berkongsi perbualan di WhatsApp di antara suami dan anaknya.
Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah si anak perempuan menghantar voice note kepada suaminya mengatakan agar bapanya pulang segera.
"Dah dah balik balik, baby dah nangis ni, balik balik," ujarnya.
"Biasanya, kalau anak yang panggil balik. Confirm ayah dia akan balik" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 76.7K likes dan 1,204 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!