Beritahu Gambar Ada Di Group Lucah Telegram, Ini ‘Taktik Scammer’ Terbaru Yang Bahaya
Korang jangan tekan link tu.
Zaman sekarang ini, banyak cara scammers nak menipu duit orang
Kadangkala mereka sampai mencari mangsa seperti orang yang lebih berumur untuk ditipu. Ada juga orang muda yang tertipu dengan taktik mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter yang memaparkan seorang individu berkongsi taktik scammers menipu orang telah mencuri tumpuan.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Mesej dan beritahu gambar mangsa ada di group lucah Telegram supaya tekan link
Menerusi posting berkenaan, kelihatan beberapa keping gambar tangkap layar perbualan mangsa dan pelaku.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila ada yang menghantar mesej kepada mangsa untuk memberitahu gambar mereka ada di group lucah Telegram.
Mereka juga siap menghantar pautan di dalam Telegram itu. Sebaiknya, jangan klik pautan itu kerana takut terkena scam.
Image via @brgsjks (Twitter)
Image via @brgsjks (Twitter)
"Weh dah terkena, tapi try log in link yang dia bagi tu pakai tele lagi satu. Tak sampai 5 minute dapat noti orang lain log in tele tu dekat Serendah" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 431K views, 2k reposts dan 2K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Image via @brgsjks (Twitter)
Image via @brgsjks (Twitter)
Image via @brgsjks (Twitter)
Ni orang nak hack Telegram ni, bahaya!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment