Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] "Bini Ku Gangster Real" - Lepak Rumah Rakan Lama Sangat, Isteri Muncul Suruh Balik

Kelakar tengok muka dia terkejut.

Cover image via @lideqifaysza (TikTok)

Kehidupan selepas berkahwin memang sangat berbeza dengan ketika masih bujang

Iyalah, jika sudah menempuh alam rumah tangga tanggungjawab harus dijalankan sebaik mungkin sebagai suami dan isteri.

Kalau dulu kita sering lepak keluar malam bersama rakan-rakan, kini aktiviti itu perlu dibataskan kerana memikirkan isteri dan anak yang berada di rumah.

Sama seperti kejadian yang tular di TikTok ini apabila si isteri terpaksa memanggil suaminya balik ke rumah kerana terlalu lama lepak di rumah rakan.

Image via @lideqifaysza (TikTok)

Lama sangat tunggu suami tak pulang, isteri tiba-tiba muncul depan rumah rakan

Menerusi video tersebut, kelihatan suaminya ketika itu sedang berada di dalam kawasan rumah bersama beberapa orang rakannya.

Namun, secara tiba-tiba si isteri muncul di depan pagar rumah tersebut dan bertanya kepada suaminya mahu pulang pukul berapa.

Apa yang lebih melucukan, reaksi muka suaminya itu kelihatan seperti terkejut dan terdiam seketika melihat isterinya yang berada di situ.

Lihat video penuh itu di bawah:

"Macam mak panggil anak balik dia punya gelabah" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut dan ada yang berkongsi pengalaman mereka sendiri.

Malah, ada juga yang kasihan kepada lelaki berkenaan yang dilihat seperti anak yang dipanggil ibunya untuk balik.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 38.6K likes, 710 comments dan 2081 shares di TikTok.

Image via @lideqifaysza (TikTok)

Image via @lideqifaysza (TikTok)

Image via @lideqifaysza (TikTok)

Image via @lideqifaysza (TikTok)

Image via @lideqifaysza (TikTok)

Image via @lideqifaysza (TikTok)

Aduhai, itulah lepak lama sangat rumah member sampai bini kena datang panggil balik rumah :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment