seismik

[VIDEO] Babak Ibu Koma Terjaga Lepas Dengar Lagu TikTok Ini Buat Netizen Dekah. Lawak!

Lain macam ya cara sembuh daripada koma sekarang.

Cover image via @AREAJULID (Twitter)

Cerita dan drama dari negara jiran Indonesia sering menjadi pilihan penonton di Malaysia kerana jalan ceritanya yang menarik

Antara sinetron popular dari negara jiran itu adalah seperti Bawang Merah Bawang Putih yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dulu.

Walaupun episodnya sangat panjang, tetapi penonton tetap setia melihatnya sehingga ke episod yang terakhir.

Namun, lain pula yang berlaku kepada sinetron ini apabila salah sebuah babak di dalamnya telah mencuri tumpuan ramai sehingga menjadi viral di Twitter.

Ibu tiba-tiba tersedar dari koma selepas dengar lagu TikTok

Menerusi video tersebut, kelihatan babak berkenaan sedang memaparkan seorang wanita yang sedang koma berada di hospital sambil ditemani suami dan anaknya.

Namun, apa yang melucukan adalah apabila si anak meminta bapanya untuk menari bersamanya melalui TikTok sebagai memperingati aktiviti kesukaan ibunya itu.

Tidak lama selepas itu, ibunya yang koma tiba-tiba saja tersedar setelah mendengar muzik lagu TikTok berkenaan.

Lihat video penuh itu di bawah:

"Nanti kalau nak ubat orang bukan belajar ilmu kedoktoran, tapi belajar main TikTok" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan reaksi terhibur mereka melihat babak berkenaan.

Malah, ada juga yang mempersoalkan bagaimana content jalan cerita tersebut boleh disiarkan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 964.6K views, 13.4K retweets dan 32.5K likes.

Berikut adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Aduhai, ada juga ya scene macam ni. Lawak betul tengok :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: